suria

Baru buka kedai, peniaga menangis kutip semua pastri jatuh atas tanah! Pelanggan cuba tenangkan, diam-diam scan kod QR

Myra kerugian RM900 selepas aneka pastri serta kelengkapan gerai rosak diterbangkan angin.

MALANG tidak berbau.

Seorang peniaga pastri mengalami kerugian hampir RM1,000 apabila gerainya di Taman Puncak Saujana, Kajang, Selangor, diterbangkan angin pada Jumaat.

Peniaga berkenaan Myra Hana yang mengusahakan The Faculty of Pâtisserie berkata, bukan hanya khemah dan mejanya yang diterbangkan angin, malah aneka pastri hasil air tangannya juga jatuh berterabur di atas tanah.

myra3

Myra baru sahaja dua bulan berniaga di lokasi itu.

"Nak dijadikan cerita, hari ni seorang diri dekat booth. Suami baru drop off creamhorn yang tertinggal, saya tengah pass order dekat pelanggan dalam kereta.

"Masa tu la angin kuat datang dan terbangkan khemah. 'Disapu' sekali meja sampai terbalik. Saya terus terduduk di situ. Baru dua orang pelanggan datang beli.

"Ada yang tak bersentuh lagi. Brownies, sandwich, cheese tart semua habis terbalik menyembah bumi," ujar Myra yang baru dua bulan berniaga di situ.

Kalau ikutkan kerosakan tu, memang saya tak dapat nak beroperasi dalam masa terdekat.

MYRA HANA

Dalam suasana hiba, Myra menangis ketika sedang mengutip makanan dan dia ketika itu turut dibantu oleh seorang pelanggan tetap yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Malah, guru-guru sebuah tadika yang terletak di hadapan gerainya turut sama datang membantu pada waktu itu.

"Tengah-tengah menangis sambil kutip dessert yang jatuh atas tanah, ada regular customer datang. Dia peluk dan tenangkan saya. Saya nangis sungguh-sungguh masa tu. Senyap-senyap dia ambil QR Pay lepas tu dia transfer RM100.

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan sebulan berniaga, influencer kuyup selamatkan gerai... khemah baru beli musnah dibadai angin kencang

ARTIKEL BERKAITAN: Angin kencang, hujan lebat badai gerai... peniaga pasrah pasembur resipi warisan 40 tahun lencun! Tak putus asa, esoknya bisnes onzz macam biasa

"Ada sebuah tadika depan gerai saya. Anak saya Gibran belajar di situ. Yang paling tak disangka, cikgu-cikgu dekat tadika Gibran dengar saya menjerit masa khemah terbang.

"Mereka datang pujuk, lepas tu tolong kutip sama-masa makanan dan kaca yang pecah. Khemah dan display box saya pun rosak," ujarnya yang hanya berniaga setiap Jumaat dan Sabtu.

Dalam pada itu, Myra tidak sangka perkongsiannya tentang kejadian itu meraih perhatian netizen di laman X.

Selain menerima kata-kata semangat, Myra mendedahkan dia turut menerima sumbangan daripada orang ramai yang bersimpati dengan ujian yang menimpa dirinya.

myra2

Myra terharu menerima sokongan positif selepas kisahnya tular di media sosial.

"Kalau ikutkan kerosakan tu, memang saya tak dapat nak beroperasi dalam masa terdekat. Tapi Alhamdulillah ramai yang hulurkan sumbangan walaupun tak mengenali antara satu sama lain. Mungkin akan ambil masa sikit untuk ganti kelengkapan yang rosak.

"Mula-mula saya tak jangka tweet saya dapat perhatian ramai. Saya selalu kongsi perjalanan perniagaan saya di media sosial supaya boleh kenang balik memori tu.

"Kemudian ramai kawan yang repost, beri kata-kata semangat. Rasa sebak, terharu, terpujuk sangat sebab ramai yang doakan. Tak sangka ada yang sudi hulurkan bantuan kewangan. Orang Malaysia semua baik-baik," kata Myra lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain