suria

Makcik Kemboja tak boleh tidur simpati anak terheret dalam kontroversi… Tapi terharu peminat datang peluk di mahkamah

Mariyah berterima kasih kepada individu yang masih menyokongnya sehingga ke hari ini.

PERASAAN yang terbuku dalam hati, tiada siapa mampu mengerti.

Di sebalik kontroversi yang melanda, usahawan Mariyah Yaakob atau Makcik Kemboja dilihat tenang menyusun kata-kata buat pengikut media sosialnya.

Meskipun kelihatan sugul, Mariyah, 47, yang berpakaian serba hijau memuat naik video untuk menzahirkan ucapan terima kasih buat segelintir individu yang masih menyokongnya.

553

Mariyah ketika dibawa ke Mahkamah Ayer Keroh pada Khamis.

"Assalamualaikum you all semua. Terima kasih tau, terima kasih sangat-sangat kepada yang direct message (DM) saya, WhatsApp saya, suruh saya sabar dan doakan saya.

"Dan masih sampai hari ni pun support produk saya sampai tak cukup-cukup. Walk in customer datang, terima kasih sangat. Terima kasih juga yang banyak bagi tip untuk saya kuatkan semangat.

"Terima kasih kepada semua followers saya dari Singapura, Johor Bahru dan seluruh Malaysia," ujarnya menerusi video TikTok yang meraih hampir 200,000 tontonan pada Jumaat.

Ada seorang hamba Allah ni, dia peluk saya dan dia nangis. Dia adalah peminat saya.

MARIYAH YAAKOB

Dalam perkongsian sama, Mariyah turut bercerita tentang kehadiran seorang individu ketika dia didakwa di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka pada Khamis.

"Saya masa kat mahkamah, saya sedih sangat. Ada seorang hamba Allah ni, dia peluk saya dan dia nangis. Dia adalah peminat saya.

"Dia nasihatkan supaya saya berhati-hati, Terima kasih sangat-sangat atas nasihat tu. Dan lawyer saya pun suruh saya selawat sehari 2,000 kali," ujar Mariyah lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik Kemboja berbaju merah ke mahkamah, tangan digari... Dua beranak mengaku tak bersalah kes hina Melayu

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik Kemboja dan anak lelaki mohon maaf secara terbuka... Tak terdetik nak menghina bangsa, hanya untuk tujuan motivasi

Namun dalam satu video berasingan, Mariyah kelihatan tumpah air mata ketika dia meminta maaf kepada anak lelakinya, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, yang turut terpalit dalam masalah yang sedang menimpa.

Kata Mariyah, dia terkilan kerana anaknya perlu menghadapi ujian berat itu pada usia yang cukup muda, sekali gus membuatkan dia sukar untuk melelapkan mata.

"Ibu minta maaf dengan Ezuan, sebab ibu telah tarik Ezuan ke dalam permasalahan ini. Ibu minta maaf sangat-sangat dekat Ezuan. Ezuan maafkan ibu ya. Ibu rasa ibu tak sepatutnya tarik Ezuan dalam keadaan muda dalam masalah ni. Ibu harap Ezuan kuat.

mariyah2

Mariyah tumpah air mata selepas dia memohon maaf kepada anak lelakinya.

"Allah tahu apa yang tersirat dalam hati ibu. Hari ni ibu berdiri depan kamera buat live pun sebab ibu kena kuat untuk anak-anak ibu. Ibu kena kuat untuk pekerja-pekerja yang masih mengharapkan sumber rezeki dekat Mariyah Holdings. Jadi ibu minta maaf.

"Ibu semalam tak boleh tidur, ibu fikir kenapa aku jadi ibu, anak aku kena tarik dalam masalah. Dia terlalu muda untuk lalui semua ujian ini," ujarnya dalam linangan air mata sambil memeluk anak lelakinya.

mStar pada Khamis melaporkan Mariyah dibawa dalam keadaan bergari ke Mahkamah Ayer Keroh bagi menghadapi pertuduhan membuat kenyataan dan memulakan komunikasi jelik dengan menghina orang di media sosial, bulan lalu.

553 (1)

Mariyah tular gara-gara kenyataan kontroversi yang didakwa menghina orang Melayu.

Bagaimanapun menerusi prosiding di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail, Mariah mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Sementara itu anaknya Ezuan yang juga Pengarah Mariyah Holding dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Untuk rekod, Mariyah yang juga pemilik syarikat jahitan pukal Mariyah Holdings Sdn Bhd mencetuskan kontroversi pada bulan lalu apabila dia mendakwa orang Melayu bersikap pemalas.

Video keceluparan Mariyah turut tular sehingga dia berdepan ancaman boikot dan dikecam teruk netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain