suria

Dugaan sebulan berniaga, influencer kuyup selamatkan gerai... khemah baru beli musnah dibadai angin kencang

Anep kerugian RM450 selepas khemah gerainya musnah dibadai angin, Jumaat lalu.

BISNES merupakan cabang kerjaya yang menjanjikan pulangan lumayan, namun perjalanan itu pastinya akan disulami dengan pelbagai dugaan dan rintangan.

Begitulah juga yang dihadapi personaliti media sosial Hanif Jamaluddin atau Anep apabila khemah gerai minuman yang diusahakannya patah akibat diterbangkan angin kencang ketika hujan melanda, Jumaat lalu.

Menurut Anep, 27, gerai KoraKora Matcha miliknya di Cyberjaya musnah dalam sekelip mata, menyebabkan dia mengalami kerugian kira-kira RM450.

"Ini pengalaman pertama khemah terbang. Kejadian berlaku dalam 7 petang pada hari Jumaat. Masa tu memang dah sedia nak packing masuk kereta. Masuk barang dulu, akhir sekali baru nak tutup khemah.

"Tapi angin kuat sangat sehingga melayang khemah tu tanpa sempat kami tutup lagi. Masa tu tak fikir pasal diri tapi fikir kereta-kereta orang di kawasan tu. Takut khemah terkena kereta mereka.

"Tapi Alhamdulillah ada abang dari restoran berdekatan bantu saya tutup elok-elok. Tapi sebab dah melambung, kaki khemah pun dah hampir patah tak boleh tutup. Jadi kami buat keputusan untuk patahkan terus saja. Khemah tu baru je dibeli," ujarnya.

anep3

Anep merupakan salah seorang personaliti Twitter yang popular di Malaysia.

Dia turut berkongsi video kejadian yang memaparkan dirinya basah kuyup ketika cuba menyelamatkan khemah berkenaan sehingga ia meraih hampir 80,000 tontonan menerusi TikTok.

Bercerita lanjut, Anep yang popular menerusi Twitter berkata dia hanya berniaga tiga hari dalam seminggu kerana kekurangan staf namun merancang untuk meningkatkan operasi tidak lama lagi.

"Saya ada sebuah gerai tetapi digunakan secara berpindah-randah. Khamis saya berniaga di Seksyen 9, Shah Alam. Hari Jumaat di Cyberjaya manakala Sabtu di Kota Warisan, Sepang.

Kalau ada benda berlaku atas diri kita, kita jangan mudah putus asa dan anggap saja benda tu mewarnai hidup kita. Setiap yang jadi mesti ada sebab kenapa.

HANIF JAMALUDDIN

"Ahad sampai Rabu saya tak berniaga. Masih kekurangan staf, InsyaAllah nanti akan buat setiap hari. Sekarang hanya urus gerai berdua, ditambah seorang lagi rakan yang buat part time.

"Awalnya bisnes ini bermula di rumah, menggunakan perkhidmatan penghantaran. Tapi coverage di Cyberjaya agak terhad, orang luar pun susah nak rasa. Sebab tu saya pilih untuk turun padang dan buka gerai," ceritanya lagi.

Ia bukanlah bisnes pertama Anep, namun kini dia memberi fokus 100 peratus terhadap KoraKora Matcha dan mempunyai banyak rancangan untuk mengembangkan produknya pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Angin kencang, hujan lebat badai gerai... peniaga pasrah pasembur resipi warisan 40 tahun lencun! Tak putus asa, esoknya bisnes onzz macam biasa

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu lihat ‘tragedi’ khemah terbang, raja buah bergelimpangan dipukul ribut kencang... anak dedah bapanya baru 4 hari cuba nasib jual durian

"Dulu saya ada buat bisnes juga. Tapi ia dah diserahkan pada orang lain atas sebab tertentu. Sekarang saya fokus KoraKora Matcha. Kiranya saya bermula balik dari kosong

"Sekarang saya full time buat bisnes minuman ini. Tapi pada masa akan datang saya rancang untuk keluarkan produk lain juga seperti baju dan tumbler. Tapi nak kena kukuhkan jenama dulu," ujarnya lagi.

anep4

Anep baru sahaja mengusahakan gerai itu kira-kira sebulan lalu.

Lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu turut berterima kasih atas sokongan orang ramai, malah menghargai setiap ilmu serta teguran yang disampaikan menerusi media sosial.

"Bila saya upload video kejadian di TikTok, ramai orang berpengalaman bagi tip mengenai khemah gerai dan sebagainya. Benda tu semua jadi ilmu baharu untuk saya. Saya berterima kasih pada semua yang membantu.

anep7

Video kejadian yang dikongsi Anep menerusi TikTok.

"Saya tiada pesanan apa-apa, cuma nak bagitahu kalau ada benda berlaku atas diri kita, kita jangan mudah putus asa dan anggap saja benda tu mewarnai hidup kita. Setiap yang jadi mesti ada sebab kenapa.

"Contohnya sekarang khemah gerai saya jatuh, mStar hubungi saya," ujarnya berseloroh mengakhiri bicara.

KoraKora Matcha mempertaruhkan seleksi minuman menarik seperti Dokuji Matcha Latte Ice, Ichigo Strawberry Matcha Latte Ice, Kiiro Mango Matcha Latte Ice, Kokoyashi Coconut Matcha Ice, Honey Matcha Ice dan Remon Lemonade Matcha Ice.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain