suria

Murah sampai pelanggan takut! Peniaga warung jual makanan harga tak masuk akal, kesian dekat pelajar maahad

Noorasiah mengusahakan Warung Ibu sejak empat tahun lalu.

"YA Allah takut tengok harganya... akak naikkan harga tau!"

Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap satu perkongsian video, memaparkan menu di sebuah warung yang mengenakan harga tidak masuk akal!

Menerusi perkongsian video tersebut, menu seperti mi goreng, nasi goreng, kuey teow goreng dan sup hanya berharga RM3 untuk setiap hidangan.

"Tauke kesian dekat customer tak naikkan harga walaupun harga bahan mentah semua naik," demikian kapsyen yang ditulis pada video berkenaan.

Menurut Haizum Hasan yang memuat naik video berkenaan di aplikasi TikTok, warung tersebut adalah milik ibunya, Noorasiah Che Yusoff, 52, yang diusahakan sejak empat tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ramai tapi beli burger 3 biji... Peniaga tak sampai hati tengok pelanggan tahan lapar, murah hati bagi makanan percuma!

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai ‘0 pelanggan’ selama 2 minggu... peniaga dapat tempahan besar selepas sedekah secawan air jagung - “Dia mungkin rugi RM3...”

"Ibu saya sebelum ini buka kedai makan dekat medan selera di Kota Bharu selama 10 tahun. Namun kemudian, ibu saya buka Warung Ibu yang terletak di Kampung Beris, Bachok, sejak 2018.

"Boleh dikatakan harga bagi kebanyakan menu masih dikekalkan sama seperti ibu berniaga di medan selera dulu. Tapi baru-baru ini ibu terpaksa naikkan harga RM1 untuk sesetengah menu.

warung 1

Harga makanan di Warung Ibu masih rendah berbanding di tempat lain.

"Contohnya sup tulang sekarang terpaksa dinaikkan kepada RM6 semangkuk dan menu yang ada makanan laut pula RM7 dan RM8. Manakala menu lain masih harga sama.

"Nasi air (nasi lembik dan kuah sup) pula hanya RM2, nasi goreng, mi goreng, bihun goreng, kuey teow goreng hanya RM3. Kalau double tambah RM1, tambah telur pun RM1. Minuman yang bancuh dengan gula hanya RM1, kalau minuman bersusu RM2," cerita Haizum.

Wanita berusia 32 tahun ini berkata, ibunya sama seperti peniaga lain yang terhimpit kerana kenaikan harga barangan, namun memilih untuk mengekalkan harga demi meringankan beban pelanggan.

warung 2

Pelanggan membanjiri Warung Ibu yang dibuka sehingga 12 malam.

"Ibu pernah juga mengadu harga barang banyak naik. Tapi apabila ditanya kenapa tak mahu naikkan harga makanan di warung, ibu kata dia kesian pelanggan yang terdiri daripada orang kampung dan pelajar.

"Warung kami terletak berdekatan dengan Maahad Amir, jadi pelajar adalah antara pelanggan tetap. Ibu kata biar berniaga dengan harga macam ni, asalkan ramai orang datang, daripada berniaga mahal dan tak ada orang datang.

"Pernah je pelanggan tak cukup nak bayar tapi ibu halalkan. Secara tak langsung, berniaga sambil beramal," ujarnya sambil menambah, Warung Ibu beroperasi setiap hari bermula pukul 6.30 pagi hingga 12 malam.

Ibu kata biar berniaga dengan harga macam ni, asalkan ramai orang datang, daripada berniaga mahal dan tak ada orang datang.

HAIZUM HASAN

Haizum berkata, dengan wang hasil titik peluh berniaga makanan, ibunya membesarkan dia dan empat adiknya.

Anak sulung daripada lima adik beradik itu berkata, dia sebelum ini merupakan pekerja sektor swasta di Pengkalan Chepa namun mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan membantu ibunya di warung secara sepenuh masa.

Sekadar suka-suka memuat naik video di aplikasi TikTok, Haizum berkata dia sama sekali tidak menyangka perkongsiannya mengundang perhatian netizen.

komen

Antara komen netizen yang memuji pendekatan Warung Ibu.

"Ada netizen komen, rupa-rupanya dia dulu pelanggan kedai makan ibu dekat food court dulu. Dia kata rindu masakan Kakyah, mujur jumpa dekat TikTok.

"Penangan TikTok juga, bila ibu pergi pasar, orang tegur 'Kakyah dah viral'. Sebenarnya ibu segan dan bimbang sebab takut tak menang tangan. Kami warung kampung saja.

"Tapi kami bersyukur, mudah-mudahan ada manfaat dan hikmah apabila dah viral. Buat masa ini, ibu tak ada niat nak naikkan harga lagi. Terima kasih atas sokongan pelanggan dan juga doa daripada netizen," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain