suria

Rasa cool habis pakai headphone di airport, lelaki harungi ‘pengembaraan misteri’ nak pergi KB mendarat di Alor Setar

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang) yang menjadi titik permulaan kepada 'pengembaraan' misteri lelaki ini. -Gambar hiasan

ADA benarnya kata mutiara yang menyebut muzik dan lagu merupakan kunci ke sanubari hati.

Ketika kita asyik menghayati bait setiap lirik, lagu yang didengari boleh menyebabkan kita terawang-awangan dari dunia sebenar.

Begitu juga dengan lelaki ini yang 'hanyut' bersama lagu yang didengari menerusi fon kepala sehingga terjadinya perkara yang dianggap aneh.

Tangkap layar bebenang di Twitter.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter @Fahmibinhassan, lelaki itu sedang menunggu pelepasan dari Lapangan Terbang Subang ke Kota Bharu, Kelantan.

Sambil menunggu masa berlalu kerana dia tiba awal dua jam dari masa pelepasan, dia mengaktifkan fon kepala Senheiser yang baru dibelinya dan maka bermulalah satu 'pengembaraan' yang luar biasa.

“Sampai waktu penerbangan, gate dibuka. Masa itu ada dua penerbangan dipanggil sekali.

“Saya bangun, pergi ke gate dengan gaya santai headphone di telinga, tunjuk tiket, dan dibenarkan boarding,” ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam lepak tepi pantai! Sekeluarga bentang tikar di airport, siap angkut periuk nasi... B40 rancak berkelah cedok lauk dikecam netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Dah sampai airport, sekeluarga terkedu tak dibenar terbang ke Sabah... genap 8 tahun beraya di perantauan - “Sampai tak ingat dah muka sepupu”

Kakitangan syarikat penerbagan yang bertugas di pintu pelepasan menunjukkan ke arah kapal terbang yang perlu dinaikinya.

Tanpa berlengah dia terus menapak ke pesawat yang sedang menanti.

“Naik saja, saya cari seat, letak beg di ruang atas, pakai tali pinggang, dan pejam mata.

“Sebelum kapal terbang gerak ke runaway nak take off saya dah terlelap. Punyalah padu headphone tu.

Fon kepala Sennheiser. Gambar Hiasan

“Saya tidur, sampailah saya perasan pramugari lalu lalang bersedia untuk mendarat. Saya bangun. Gosok mata," katanya.

Setibanya di lapangan terbang yang disangkakan sebagai Lapangan Terbang Kota Bharu itu, dia bergegas ke pintu keluar kerana kawannya sudah berjanji untuk menjemputnya.

Rakannya itu meminta lelaki berkenaan mencari kereta Myvi miliknya tetapi malangnya tiada!

Saya perasan orang sekeliling semua bercakap "hang" dan "cheq".

Fahmi Hassan

Selepas 20 minit menunggu, dia mula berasa tidak sedap hati seperti ada sesuatu yang tidak kena.

“Saya cari kereta. Tak jumpa. Tetapi saya perasan kereta di sana plate bermula dengan huruf K. Logiknya, di Kota Bharu, mestilah plate bermula dengan D.

“Saya pasang telinga. Saya perasan orang sekeliling semua bercakap 'hang' (kamu) dan 'cheq' (awak),” tulisnya.

Sangsi dengan apa yang sedang berlaku, dia melangkah ke kaunter syarikat penerbangan untuk mendapatkan kepastian.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (Alor Setar). Gambar Hiasan

Dan di situlah dia mendapat kejutan realiti selepas dia sedar yang dia sebenarnya di berada di Alor Setar dan bukannya di Lapangan Terbang Kota Bharu seperti mana destinasi yang tertera di tiketnya.

Kakitangan syarikat penerbangan yang bertugas di situ juga tidak dapat memberikan penjelasan yang munasabah di atas insiden tersebut.

“Begitulah kisah saya menaiki kapal terbang ke Kota Bharu, tetapi sampai ke Alor Star.

Tiket pulang ke Kuala Lumpur.

“Masih lagi menjadi misteri, apa yang berlaku,” kata lelaki itu.

Keesokan harinya syarikat penerbangan memberikan tiket penerbangan percuma untuk perjalanan pulang lelaki itu ke Kuala Lumpur.

“Pengajarannya, jangan terlampau yakin. Jangan pakai headphone masa pilot buat pengumuman. Jangan tidur sepanjang perjalanan,” katanya membuat kesimpulan ceritanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain