suria

[V] “Kurang ajar kau, dasar dayus!”- Kecoh pelanggan lelaki ‘hayun’ kaki ke muka peniaga perempuan, sakit hati tak boleh cuba pakaian

Kaki pelanggan lelaki (bulatan merah) kelihatan nyaris terkena wajah peniaga berkenaan.

BAGI sesiapa yang pernah berkunjung ke Berjaya Time Square, mereka pastinya tahu bahawa sesetengah kedai dalam pusat beli-belah itu mengamalkan polisi tidak membenarkan pelanggan untuk mencuba pakaian.

Terbaharu, tular pula satu rakaman memaparkan beberapa individu yang dipercayai 'naik angin' kerana tidak dibenarkan mencuba pakaian ketika berada di pusat beli-belah terkenal di ibu negara itu.

"Customer nak try baju tapi peniaga tak bagi try. Lepas tu jadi macam ni," tulis pengendali Twitter @MalaysiaViral yang berkongsi rakaman video kejadian itu.

Video berdurasi lebih seminit itu memaparkan seorang peniaga meninggikan suara ke arah seorang pelanggan lelaki dan wanita.

Seorang pelanggan wanita yang bertudung kedengaran turut meninggikan suara ke arah peniaga berkenaan.

Paling mencuri tumpuan tentunya aksi pelanggan lelaki berbaju biru yang dilihat 'menghayun' kakinya tinggi sehingga hampir terkena wajah peniaga pakaian tersebut.

twit_1

Antara komen netizen di Twitter.

Peniaga itu turut mengugut untuk memanggil pengawal keselematan selepas menerima provokasi pelanggan berkenaan.

"Kurang ajar kau, nanti aku panggil security. Kalau lelaki berani (kasar) sama perempuan memang dasar dayus!" kata peniaga wanita terbabit.

"Panggil, panggil, panggil..." jerkah pelanggan lelaki berbaju biru itu selepas diancam untuk dipanggil pengawal keselamatan.

Beberapa pelanggan yang turut berada di sekitar kedai tersebut sempat menyaksikan dan merakam video pertelingkahan berkenaan.

Laki tu over sampai nak terajang dah kenapa? Pakaian pun murah, ada hati nak berlagak.

NETIZEN

Di penghujung video, peniaga itu turut menggelarkan pelanggan berkenaan sebagai lelaki dayus.

Pelanggan berkenaan kemudiannya dilihat berlalu keluar daripada premis berkenaan.

Selain Twitter, video pergaduhan antara peniaga dan pelanggan itu turut ditularkan ke laman Facebook.

ARTIKEL BERAKITAN: [V] Tak cukup terajang, pemuda dayus libas kepala remaja perempuan dengan selipar! Satu Malaysia ‘mendidih’, gesa polis jejak sampai dapat

ARTIKEL BERKAITAN: Tauke gerai tepi jalan berlagak ‘kak long kawasan’ ugut peniaga sebelah, sakit hati jual menu sama... “Esok saya tak nak tengok nasi lemak ni!”

Rata-rata netizen turut menyelar tindakan pelanggan-pelanggan tersebut yang tidak tahu malu meninggikan suara di kawasan terbuka.

Malah, netizen turut berjenaka mengenai pelanggan tersebut yang dikatakan tidak pernah datang ke Berjaya Time Square.

"First time pergi Time Square ke? Tempat ni sebelum Covid-19 lagi memang tak boleh try. Lepas tu yang jantan seketul tu over kenapa?

"Laki tu over sampai nak terajang dah kenapa? Pakaian pun murah, ada hati nak berlagak.

ts2

Pelanggan lain turut berada dalam premis sewaktu kejadian berlaku.

"Kedai-kedai kat Time Square mana la ada ruang nak try. Fitting room lagi la tak ada. Pergi je la kedai lain.

"Tak boleh try pun boleh gaduh macam ni ek? Laki tu kenapa sampai macam tu?

"Dengan perempuan berani la dia naik kaki macam tu, memang betul dayus.

"Kalau tak berkenan cara peniaga berniaga, kita pergi je la kedai lain buat penat je gaduh," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain