suria

Tergamak samakan makanan dengan ‘pungkoq’, Faiz Roslan mohon maaf kepada owner Kieda Crepe - “Jangan buat muka macam orang saji tahi”

Faiz Roslan membuat permohonan maaf secara terbuka susulan video 'reviu jujur' mengenai makanan di Kieda Crepe.

SEBUT sahaja nama Kiedacrepe, pasti rata-rata netizen serta penduduk di utara tanah air maklum mengenai kedai pencuci mulut viral yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Namun baru-baru ini, nama Kieda Crepe terpalit dengan kontroversi susulan tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dan rakan-rakannya membuat reviu beberapa pencuci mulut yang dibeli dari kedai berkenaan.

Dalam video yang disifatkan sebagai 'reviu jujur' itu, mereka dilihat menghina beberapa jenis makanan yang dibeli dengan membuat gaya serta mimik muka yang kurang beradab.

kieda 2

Kieda dan suaminya tampil mengulas mengenai isu kontroversi tersebut.

Malah salah seorang daripadanya menyamakan makanan tersebut seperti bau 'pungkoq', merujuk kepada punggung dalam bahasa utara.

"Kami beratur empat jam baru dapat masuk... berpeluh macam orang gila. Kita tengok berbaloi atau tidak," ujar lelaki yang dikenali sebagai Faiz Roslan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini tak kisah suami kecil, anggap murah rezeki... Dukung terus jadi ‘patung cendana’, awas boleh pusing macam helikopter!

ARTIKEL BERKAITAN: Penat tonyoh baju guna tangan, isteri jual cincin nikah beli mesin basuh! Suami ganti lebih mahal selepas bisnes crepe ‘kencang’

Dia dan rakan-rakannya kemudian bergilir-gilir mencuba pencuci mulut seperti puding buah, dadih sedut, minuman, koktel serta beberapa jenis kek, dan kemudian membuat kesimpulan.

"Berbaloi atau tidak, aku rasa macam... kami dari jauh teringin nak rasa. Tapi apabila datang dapat makanan macam ni rasa 'kurang' sikit la.

"Buko rasa macam pungkoq," demikian kata salah seorang rakannya di dalam video tersebut.

kieda 1

Kedai Kieda Crepe yang viral kerana menyajikan berpuluh jenis pencuci mulut.

Namun selepas menerima banyak kritikan daripada netizen, Faiz mewakili rakan-rakannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap pemilik Kieda Crepe, Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda.

"Saya dah WhatsApp personal untuk permohonan maaf kepada Kieda mengenai reviu yang agak melampau atau tersalah reviu. Untuk vendor di sana pun kami nak minta maaf," ujarnya.

Menurut Faiz, dia dan rakan-rakannya sama sekali tidak terlintas untuk menjatuhkan bisnes wanita tersebut melalui reviu berkenaan.

Saya dah WhatsApp personal untuk permohonan maaf kepada Kieda mengenai reviu yang agak melampau atau tersalah reviu.

FAIZ ROSLAN

"Bukan semua tak sedap. Ada yang sedap juga, korang boleh tengok semula video tu. Mengenai puding karamel buah yang basi tu, saya tak cakap basi dari Kieda.

"Mungkin sebab kami dah makan sebelum tu, kemudian balik tu baru sambung buat reviu sebab itu ia basi," jelasnya.

Dalam masa yang sama, Faiz berkata ekoran kontorversi tersebut, dia tidak akan membuat apa-apa reviu makanan pada masa akan datang.

kieda 3

Antara komen netizen yang mengecam Faiz.

Berkenaan ugutan daripada netizen yang diterima susulan video reviu tersebut, Faiz berkata dia akan membuat laporan polis.

Sementara itu, Kieda turut tampil mengulas mengenai kontroversi tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok pada Ahad.

"Jangan jatuhkan dengan menghina makanan, dengan buat mimik muka seperti orang saji tahi kepada anda.

"Yang lahir dalam keluarga susah akan hargai makanan depan mereka walau nasi dengan garam. Yang kaya memang tak hargai benda itu," ujar Kieda.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain