suria

Tauke gerai tepi jalan berlagak ‘kak long kawasan’ ugut peniaga sebelah, sakit hati jual menu sama… “Esok saya tak nak tengok nasi lemak ni!”

Rakaman pertengkaran antara peniaga yang tular di laman sosial.

NASI lemak merupakan antara menu paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Maka tidak hairanlah sekiranya wujud ribuan gerai serta restoran yang menawarkan makanan popular itu.

Terbaharu, tular video memaparkan peniaga gerai nasi lemak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur yang 'diserang' seorang lelaki dan wanita, dipercayai kerana berniaga menu serupa.

"Sekarang isu dia satu je, awak berniaga benda sama yang kita jual. Rezeki lain-lain, masalahnya DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dah tegur hari tu.

"Hari tu letak khemah kat sini. Meniaga kat sini semua la kena jaga kak," ujar seorang lelaki di hadapan gerai berkenaan.

Kemudian, kedengaran suara seorang wanita, dipercayai perakam video yang berkata: "Saya, khemah pun saya bawa balik.

Wanita bertudung gelap ini memberi amaran kepada peniaga itu agar tidak lagi menjual nasi lemak pada hari esok.

Wanita bertudung gelap ini memberi amaran kepada peniaga itu agar tidak lagi menjual nasi lemak pada hari esok.

Turut kelihatan seorang wanita bertudung biru yang sedang duduk di bawah khemah itu sambil menguli kuih menggunakan sarung tangan plastik.

Di bahagian tepi khemah pula, seorang wanita bertudung gelap turut kelihatan sambil bercakap dengan nada tinggi, dipercayai ada kaitan dengan lelaki yang datang memberi teguran.

"Esok saya tak nak tengok nasi lemak ni ada kat sini okey. Faham. DBKL dah bagitahu kan? Dia cakap saya ada kuasa kat sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ‘makcik puaka’ restoran Melaka pertahan ibu, hanya berbalah bukan mencarut... Pelanggan tetap patut dah kenal perangai suka bebel

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ‘makcik puaka’ mohon maaf, tak akan tutup kedai tapi perbetul silap! Akui pelanggan cakap lepas boleh buat peniaga ‘naik hantu’

"Saya tak nak tengok nasi lemak ada kat sini. Tak payah mengucap la," ujar wanita itu apabila perakam video mengucapkan Astaghfirullahalazim selepas mendengar kata-kata amarannya.

Tidak tahan dengan teguran itu, wanita yang merakam video berkenaan turut meninggikan suaranya, meminta individu berkenaan pulang ke tapak gerainya.

"Dah la macam ni la, aku tutup dua-dua kedai ni, dah habis cerita. Tak, acik dah, acik balik la kedai acik, saya tak kacau acik pun.

Sekarang isu dia satu je, awak berniaga benda sama yang kita jual.

LELAKI VIDEO TULAR

"Jangan macam ni, rezeki Allah masing-masing. Acik jangan buat macam ni, tak baik tau cik. Saya datang acik terus tengking-tengking kenapa?" ujar wanita itu.

Menurut perakam video lagi, dia turut berniaga nasi lemak di lokasi itu kerana mendapat permintaan pelanggan namun jawapannya itu tidak disenangi mereka.

"Jangan bagi alasan yang customer minta. Aku buka pukul 8 lebih, aku tak nak nasi lemak ni ada esok. Tu je. Awak nak meniaga lantak kau la. Aku pun tak kacau orang," ujar wanita bertudung gelap itu.

Komen netizen berhubung video pertengkaran itu.

Komen netizen berhubung video pertengkaran itu.

Difahamkan, peniaga tersebut sudah beberapa kali ditegur mengenai isu berkenaan, menyebabkan dua individu tersebut tidak berpuas hati.

Video tular perbalahan berdurasi lebih tiga minit itu meraih perhatian ramai selepas ia tersebar menerusi Facebook dan Twitter.

Rata-rata netizen menyelar dua individu berkenaan yang dianggap biadab dan tidak percaya dengan percaturan rezeki Allah.

nasi lemak 3

Tangkap layar video tular yang menjadi perhatian ramai netizen pada Selasa.

"Ya Allah makcik, tak percaya pada rezeki Allah ke? Kau meniaga kalau sedap customer mesti ada tak putus.

"Kurang ajar cara bercakap. Kalau kena dengan aku dah makan kaki meja tu.

"Inilah Melayu. Sampai bila-bila pun Melayu tak maju kalau ada sifat macam ni," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain