suria

Ngeri dengar peniaga maki pelanggan restoran popular Melaka, ‘makcik puaka’ siap hina gara-gara pesan telur dadar

Sekumpulan pelanggan dimaki peniaga ketika makan di sebuah restoran di Melaka.

DATANG secara baik, tapi dibalas dengan kata-kata cacian dan makian.

Begitulah nasib malang yang menimpa sekumpulan pelanggan apabila mendakwa diberi layanan buruk ketika berada di sebuah restoran popular di Melaka.

Menerusi perkongsian yang kini tular di media sosial, seorang pelanggan wanita kesal berhadapan dengan sikap biadab seorang makcik yang dipercayai pemilik restoran itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 10,000 followers saksi influencer dihalau ketika buat reviu di restoran popular Melaka, pertama kali dimalukan sepanjang 14 tahun bisnes - "PKP tak boleh lama-lama"

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Disimbah air, sampai jatuh kerusi... usahawan asyik reviu produk didakwa guna ayat lucah bikin pelanggan restoran panas - "Dua-dua ada salah, ada betul"

Pengguna Facebook Sisyana Lashes berkata, dia membawa keluarganya dari Singapura untuk menikmati hidangan di restoran berkenaan pada pukul 2 petang baru-baru ini, sambil bertanyakan mengenai makanan yang masih disediakan.

"Aku tanya lauk ni je yang tinggal kak? Akak tu jawab 'ha ye', sebab ada ikan pari aku terus order semua suruh hidang maknanya ada lauk lagi kan.

"Kalau habis kau cakap la habis, makcik puaka menyampuk kata 'kau datang dah pukul berapa kalau ada gajah, gajah pun habis'," tulisnya di Facebook.

restoran biadab 6 B B

Tangkap layar video seorang wanita merakam kekecohan yang berlaku di sebuah restoran.

Namun kerana terlalu lapar, wanita berkenaan mengabaikan kata-kata kurang enak itu dan membuat pesanan beberapa jenis lauk untuk keluarganya.

Tidak terhenti di situ, peniaga berkenaan dikatakan terus membebel tanpa henti sepanjang mereka sekeluarga menikmati makanan di bahagian hadapan restoran.

"Tengah santai menghayati lauk-lauk kat depan mata aku tu, masalahnya radio aku tak dengar yang aku dengar makcik tu bebel dengan gigi sebatangnya dia bebel 'mengatus tak habis-habis' macam punca hal ni tadi dari famili aku.

"Aku pelik apa masalah makcik ni, apa salah famili aku ni? Tengah makan pelik memikirkan apa puakanya mulut makcik ni membebelkan pasal famili aku ni.

"Apa yang tak sudah-sudah lagi ni. Aku ni dah duduk makan dah ni. Macam panas betul hati makcik tu dengan kami! Tak suka halau je, ni bebel-bebel macam orang bodoh!" katanya.

restoran biadab 4 B

Sekumpulan pelanggan memesan beberapa jenis lauk termasuk telur dadar.

Apa yang lebih dikesalkannya apabila ibunya turut terpalit sama apabila didakwa dimaki oleh makcik berkenaan.

"Nasiblah aku ni pandang muka mak aku, pak long mak long aku dari Singapura tu. Kalau tak, aduhai malas cakap, lagipun orang tua aku ni malas layan.

"Tapi apabila kau orang dengar video tu memekik-memekik, apa yang kau orang rasa?

"Apabila mak aku bersuara, anak dia pula menyampuk makikan mak aku. Betul lah orang kata macam mana mak, macam tu lah anak," katanya.

restoran biadab 2 B B

Pelanggan wanita membawa keluarganya dari Singapura menikmati hidangan.

Dalam pada itu menurut Sisyana lagi, dia turut terkejut apabila bil makanan mereka sekeluarga dikenakan caj sebanyak RM240, namun tetap membayarnya.

"Aku rasa bebel radio buruk makcik tu kot sekali kena cas sampai RM240 tu. Kalau betul dia kira... halalkan. Kalau main tikam, dunia akhirat aku tak halalkan. Pandai-pandai lah jawab kat sana nanti.

"Selama aku hidup macam mana mak aku pun cakap pertama kali jumpa orang berniaga macam ni. Mulut-mulut puaka pun sampai hari ni customer dia ramai tau," katanya lagi.

Tak salah pun kena halau kena maki! Ni manusia ke apa?

PELANGGAN

Jelas Sisyana, apa yang paling dikesalkannya apabila ‘makcik puaka’ berkenaan menghinanya gara-gara memesan hidangan telur dadar.

"Ada ke patut makcik tu kata 'tak ada hasil la tu makan telur dadar je, takde duit jangan bawa mak bapa makan'. Aduh macam kena toreh-toreh hati aku ni.

"Hidup kau lagi sedih makcik hanya mampu dok pelusuk dapur jadi radio buruk daripada anak-anak bawa kau pergi makan!" katanya.

restoran biadab 7 B

Antara lauk yang dipesan pelanggan terbabit.

Menurut wanita itu lagi, sehingga bayaran dibuat dan beredar dari restoran tersebut, tiada permohonan maaf di atas keterlanjuran kata-kata makcik berkenaan.

"Kalau betul tak bagi kami makan kat sini dengan secara warasnya sebagai manusia cakap dengan baik... 'maaf dik dah tutup atau kami tak terima pelanggan lagi maaf'.

"Daripada aku masuk sampailah dah bayar dan balik, perkataan maaf langsung tak ada. Sebelum ni dengar viral pasal makcik tu punya mulut, tapi tak kena kat muka kita memang kita okay je, dah kena baru tahu.

"Tak salah pun kena halau kena maki! Ni manusia ke apa?" katanya menerusi posting yang kini dikongsi lebih 4,800 kali.

Pada September 2020, restoran yang sama di Bandar Hilir, Melaka pernah menjadi perhatian gara-gara seorang usahawan wanita yang juga influencer didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di premis itu.

Menerusi video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang influencer tersebut mempromosikan produk kecantikan mereka di restoran mereka, sehingga memaksa wanita itu bertindak meninggalkan premis tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain