suria

Aksi hero selamatkan gadis tersangkut flying fox macam ‘Doctor Strange’ curi tumpuan... Tapi ramai simpati nasib lelaki di belakang

Netizen turut terhibur melihat aksi lelaki yang melalui jambatan gantung (dalam bualatan) di belakang.

KETIKA ini sudah banyak taman tema atau lokasi outdoor yang boleh dikunjungi para peminat aktiviti lasak.

Bagi mereka yang sememangnya gemarkan cabaran atau adrenaline rush, aktiviti seperti flying fox sudah semestinya bukanlah satu masalah.

Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti lasak, sedikit sebanyak ia mendatangkan rasa gementar lebih-lebih lagi jika individu tersebut mempunyai fobia kepada ketinggian (akrofobia).

ARTIKEL BERKAITAN: Wishlist unlocked! Puas buat terjunan bungee pertama, si manis 17 rasa macam ditolak angin... berpeluh tapak tangan padahal cuaca tak panas

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba dengar bunyi jatuh! Adik dedah kakak sempat jerit ‘best gila’ sebelum terhempas semasa buat terjunan rope swing - “Dia kata kaki tak rasa”

Bayangkan tubuh badan tergantung tinggi dari tanah dan dalam masa yang sama perlu 'terbang' pada jarak tertentu, pastinya ia bukan aktiviti yang mudah buat golongan ini.

Begitulah situasi yang dilalui oleh seorang gadis ketika melakukan aktiviti flying fox di taman tema terkenal di Pulau Pinang, Escape Penang, baru-baru ini.

Apa yang lebih mencemaskan, gadis tersebut dengan tidak semena-mena 'tersangkut' di pertengahan trail lantas menyebabkan dia tergantung di udara.

Mujurlah seorang kru taman tema tersebut segera menghulurkan bantuan dan menarik gadis tersebut dengan dengan penuh bergaya.

ff 3

Tangkap layar video yang turut memaparkan aksi seorang lelaki sedang 'struggle' meniti jambatan gantung.

Video yang dirakam oleh seorang pengunjung ketika kru lelaki itu menyelamatkan gadis berkenaan membuatkan rata-rata netizen kagum dengan ketangkasan dan kecekapannya mengendalikan situasi sedemikian.

"Lelaki akan kelihatan super duper handsome apabila perangainya 'handsome'. Adore you!

"Style cara dia tarik benda tu lepastu pergi ke belakang.

"Part dia tarik macam Doctor Strange tengah terbang... style," komen netizen.

Tak... masalahnya siapa nak tolong abang dekat belakang tu? Nampak struggle sangat.

NETIZEN

Namun dalam masa yang sama, kelibat seorang lelaki yang sedang struggle berjalan di atas jambatan gantung berjaring berhampiran trail flying fox itu turut menarik perhatian netizen.

Malah perkongsian tersebut 'meriah' dengan komen-komen lucu netizen mengenai situasi yang dilalui oleh lelaki berkenaan.

"Tak... masalahnya siapa nak tolong abang dekat belakang tu? Nampak struggle sangat.

ff 2

Antara komen netizen yang teruja dengan aksi kru berkenaan.

"Lelaki di belakang masih berjuang untuk hidup.

"Aku perhati je abang dekat belakang tu... kesian pula," komen netizen.

Sehingga kini video yang dimuat naik oleh @nanidephuc di aplikasi TikTok meraih sehingga melebihi 749,000 jumlah tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain