suria

Disangka depresi, sebenarnya ibu hidap 2 kanser tahap 4! Pemuda minta anak ‘double sayang’ mak ayah sebelum merasai sakit kehilangan

Ibu Shafiq meninggal dunia pada November tahun lalu.

RINDU yang sangat menyakitkan.

Demikian luah Wan Mohamad Shafiq Haikal Wan Rosni, 24, yang baru sahaja kehilangan ibunya akibat kanser paru-paru dan kanser otak.

Menurut anak ke-11 daripada 12 beradik itu, ibunya Mek Nab Che Abdullah meninggal pada usia 50 tahun di sisi ahli keluarga di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan pada November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak hilang kekuatan, ibu meninggal selepas 13 tahun tanggung 5 penyakit... hanya pusara pengubat rindu! - “Dari rumah boleh nampak kubur mak ayah”

ARTIKEL BERKAITAN: Raya 3 beradik suram selepas kematian mak ayah, kakak pula dah 6 tahun bawa diri ke Australia - “Terkenang raya dulu-dulu mak ambil tempahan ketupat”

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Shafiq sempat memperincikan semula kisah kehilangan tersebut yang dianggap sebagai detik paling sedih dalam hidupnya.

"Awalnya dulu mak didiagnos alami depresi. Mak tiba-tiba jadi pendiam, kurang aktif buat aktiviti di rumah. Sebelum ini dia aktif berkebun. Sangat berbeza, dulu dia juga suka menjahit.

"Bila sakit, mak dah tak bercakap sangat. Selepas itu baru dapat tahu rupa-rupanya mak ada kanser paru-paru, bukannya depresi. Ia juga dah merebak ke otak. Kedua-dua kanser itu berada pada tahap empat.

"Dua bulan sebelum meninggal, mak jadi kurus kering dan terlantar di katil. Mak banyak berubah pada waktu itu. Akhirnya mak menghembuskan nafas terakhir pada November tahun lepas," imbasnya.

shafiq2

Ibu Shafiq meninggal dunia pada usia 50 tahun.

Kata Shafiq yang berasal dari Kelantan, kehilangan itu cukup perit buatnya memandangkan dia kini sudah bergelar anak yatim piatu.

Mengimbas perjalanan hidup ibunya, Shafiq berkata arwah pernah berniaga kuih-muih untuk membesarkan 12 cahaya mata tanpa suami di sisi, suatu masa lalu.

Beri perhatian secukupnya kerana kehilangan itu tiada galang ganti. Kalau hilang, rindunya sangat menyakitkan.

SHAFIQ

"Ayah saya dah meninggal akibat penyakit asma ketika saya umur dua tahun. Sebelum ini mak berniaga kuih, kemudian abang dan kakak yang dah besar banyak bantu mak serta adik-adik.

"Awal-awal tu memang rasa kehilangan. Dalam sebulan juga saya rasa macam tu, tambahan pula saya dah hilang dua-dua mak dan ayah. Alhamdulillah, sekarang kembali normal. Cuma rasa berbeza sangat.

"Masa mak meninggal, saya sempat balik ke kampung. ketika dia tenat, saya tempah tiket kapal terbang dan terus balik. Dia sempat jumpa semua adik-beradik saya," ujarnya yang bekerja dalam bidang audit di Bangi, Selangor.

shafiq3

Shafiq merupakan anak ke-11 daripada 12 beradik.

Dalam pada itu, Shafiq turut berkongsi video mengenai kisah pemergian ibunya menerusi TikTok sehingga meraih lebih 40,000 tontonan.

Kata Shafiq, dia terharu apabila orang ramai menitipkan doa buat roh ibunya dan sama-sekali tidak menyangka video berkenaan akan menjentik emosi netizen.

"Saya buat video TikTok untuk kenangan. Tambahan pula, senang nak edit video dalam aplikasi itu. Awalnya saya nak letak dalam grup famili saja. Bila masuk TikTok, tak sangka pula dapat perhatian ramai. Saya terharu sebab ramai yang doakan mak," ujarnya.

shafiq 4

Keluarga besar Shafiq.

Dalam pada itu, dia yang pernah melalui fasa sebagai anak pejuang kanser turut menitipkan pesan kepada orang di luar sana agar lebih peka dengan penyakit tersebut.

"Bila jaga pesakit kanser, kita kena double sayang dia. Kena beri perhatian penuh. Kalau duduk jauh, kena kerap call. Macam mak saya, bila dia sakit, dia perlukan perhatian anak-anak.

"Untungnya dalam keluarga saya ramai adik-beradik, jadi ada orang yang boleh jaga betul-betul di rumah. Kena jaga pesakit kanser betul-betul, beri perhatian secukupnya kerana kehilangan itu tiada galang ganti. Kalau hilang, rindunya sangat menyakitkan," ujar Shafiq lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain