suria

Alamak, baru darjah 3 dah nak try cikgu ke? Guru kongsi hal sebenar murid comel minta nak panggil ‘abang’

Lutfil berkongsi salah satu pengalaman lucu ketika menjalani praktikal sekitar dua tahun lalu.

SEJAK sesi persekolahan dibenarkan beroperasi secara bersemuka, pelbagai ragam murid sekolah yang dikongsikan oleh warganet di media sosial.

Terbaharu, gelagat seorang murid perempuan yang cuba 'mengayat' guru lelaki di sekolahnya menjadi tular gara-gara telatahnya yang comel itu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh guru lelaki berkenaan, kedengaran murid tersebut cuba meminta kebenaran untuk memanggilnya sebagai 'abang'.

ARTIKEL BERKAITAN: Video PdPR ‘potong bawang’! Murid sanggup tunggu semua rakan keluar Google Meet untuk sesi luah rindu dengan guru, menangis selepas laptop terpadam

ARTIKEL BERKAITAN: Dah habis sesi PdPR tapi murid tak nak keluar, cuba teka apa karenah pelajar yang cikgu TikTok ini layankan? – “Sebagai guru, kita kena relaks”

"Amboi dik, try cikgu ke?'

"Comelnya nak ber'abang' dengan cikgu. Kenapa zaman akak, cikgu praktikal tak seramah dan sekacak ini.

"Mak abah tengok ni, adik kantoi mengorat," demikian antara komen netizen pada perkongsian video tersebut.

Berkongsi cerita dengan mStar, Ahmad Lutfil Hadi Mohd Yusof berkata, video berkenaan sebenarnya dirakam dua tahun lalu sewaktu dia mengikuti program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sebuah sekolah rendah di Perak.

"Program PBS di sekolah rendah itu selama seminggu sahaja... ketika itu saya sedang menjalani latikah praktikal sebagai guru.

guru 2

Lutfil mengajar subjek Pendidikan Jasmani ketika bergelar guru praktikal.

"Saya muat naik untuk berkongsi salah satu kenangan lucu ketika bergelar guru praktikal. Tak sangka pula boleh jadi viral sehingga meraih lebih 500,000 jumlah tontonan dekat TikTok.

"Tapi ramai pula yang tersalah faham, mereka ingat murid perempuan tu nak 'try' saya. Sebenarnya, murid itu adalah adik kepada kawan saya.... dia kenal saya, sebab itu dia panggil abang. Waktu video dirakam, dia dalam darjah tiga.

"Saya muat naik video itu selepas mendapat kebenaran kakaknya. Namun ramai yang komen cakap adik tu comel," kata pemuda yang senang disapa sebagai Lutfil ini.

guru 1

Lutfil menggunakan pendekatan yang lebih kreatif untuk menarik minat pelajarnya.

Bagaimanapun menurut pemuda berusia 23 tahun ini, dia memahami keprihatinan ramai yang melontarkan komen berhubung gelagat spontan kanak-kanak tersebut.

"Saya faham yang komen serius tu mereka sebenarnya concern. Jadi saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Tapi saya juga ada buat penjelasan di komen supaya orang tak terus salah faham," ujar bakal guru ini.

Menurut Lutfil, dia kini sedang berada di tahun akhir pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dari sebuah institusi pengajian tinggi awal (IPTA).

Menyingkap serba sedikit mengenai bidang pengajiannya, Lutfil mengakui dia pada mulanya tidak pernah terlintas untuk menyambung pengajian dalam jurusan pendidikan.

Ramai pula yang tersalah faham, mereka ingat murid perempuan tu nak 'try' saya. Sebenarnya, murid itu adalah adik kepada kawan saya.

AHMAD LUTFIL HADI MOHD YUSOF

"Ibu dan bapa saya kedua-duanya merupakan cikgu. Merekalah yang mengesyorkan saya melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan kerana mereka mahu ada seorang anak yang mengikut jejak langkah mereka.

"Tapi bila dah ikuti PBS dan jalani praktikal, dari situ, makin lama kecintaan terhadap bidang pendidikan makin bercambah. Bila dah bersama-sama dengan pelajar, makin semangat nak ke sekolah," ujar anak ketiga daripada lima adik beradik ini.

Berkongsi pengalamannya yang pernah bergelar guru praktikal, pemuda yang berasal dari Selama, Perak ini berpandangan, tugas sebagai seorang pendidik ketika ini begitu mencabar lantaran perlu seiring dengan perkembangan teknologi.

guru 3

Tidak pernah terlintas memilih jurusan pendidikan, namun Lutfil berkata minatnya mula bercambah selepas menjalani praktikal.

"Zaman sekarang memang 'advance'. Pendidik perlu lebih kreatif untuk menarik minat pelajar. Seperti pengalaman saya dulu, sebelum mengajar, saya cuba buat aktiviti seperti lakonan, silap mata, pertunjukan video dan sebagainya.

"Pembelajaran tak boleh bergantung dengan buku atau bahan mengajar semata-mata sebaliknya perlu disertai bantuan alat inovasi.

"Ia berperanan untuk menarik minat dan menghilangkan rasa bosan, dan dalam masa yang sama menggalakkan murid-murid untuk 'perticipate' dan aktif," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain