suria

Ramai sayang nak buang, hanya cubit tompok berkulat! Doktor cerita bahaya makan roti expired, boleh bawa maut

Dr Kamarul Ariffin berkongsi mengenai bahaya memakan roti yang sudah berkulat atau tamat tempoh.

KERACUNAN makanan bukanlah satu kondisi yang boleh diambil remeh.

Mungkin ada yang melihat ia bukan kategori penyakit kronik, namun sudah banyak kes maut yang dilaporkan berpunca daripada keracunan makanan.

Makanan yang terdedah, kotor dan tidak dimasak dengan betul mungkin antara penyumbang kepada keracunan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar kimia kongsi label tarikh luput ‘Guna Sebelum’ dan ‘Baik Sebelum’ tak sama... ada produk perlu dibuang cepat-cepat daripada simpanan!

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah remaja 13 tahun tidur di lorong imbas pengalaman guru minum air paip, makan roti ‘expired’ – “Tu dia, homeschooling pun pandai sebut... English kau!”

Namun perkongsian seorang doktor mengenai salah satu punca keracunan makanan iaitu roti yang sudah 'expired' pastinya membuka mata kerana masih ramai yang mengambil ringan mengenainya.

"Kalau nampak roti yang belum luput tarikh, tapi dah ada tanda-tanda nak berkulat, maka jangan makan. Buang terus!

"Ada orang, dia rasa sayang nak buang sebab kulatnya tompok kecil sahaja. Jadi dia cuit bahagian yang berkulat tu dan buang. Bahagian yang nampak elok tu dia makan. Jangan buat macam tu.

"Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Nampak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti.

dr kamarul

Dr Kamarul Ariffin banyak menulis perkongsian mengenai hal ehwal kesihatan dan isu semasa di Facebook.

"Jadi, kita tak boleh nak anggarkan di mana sebenarnya sempadan roti yang telah berkulat dan yang elok. Kalau kita termakan spora atau hyphae, sama sahaja bahayanya," kongsi Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi satu hantaran di Facebook.

Tambah Dr Kamarul Ariffin, tabiat sesetengah individu yang membersihkan bahagian berkulat dan kemudian memanaskan roti bertujuan untuk membunuh kulat juga bukanlah tindakan yang betul.

Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk.

DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN

"Benar, kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetap tak selamat untuk dimakan. Tak kiralah digoreng, stim atau bakar," tulisnya.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Dr Kamarul Ariffin berkata kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin (mycotoxin) yang boleh menyebabkan gejala keracunan makanan.

roti

Sebahagian daripada perkongsian Dr Kamarul Ariffin mengenai bahaya makan roti berkulat.

"Ia tidak mudah dimusnahkan walaupun dimasak. Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.

"Oleh itu, nampak ada perubahan warna pada roti, walaupun tompok kecil, walaupun belum tarikh luput, terus buang. Jangan ambil risiko bahayakan kesihatan.

"Makanan sihat, adalah makanan yang selamat," kongsinya lagi.

Sehingga kini posting beliau di Facebook meraih sehingga 4,600 perkongsian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain