Kisah remaja 13 tahun tidur di lorong imbas pengalaman guru minum air paip, makan roti ‘expired’ – “Tu dia, homeschooling pun pandai sebut... English kau!” - Viral | mStar

Kisah remaja 13 tahun tidur di lorong imbas pengalaman guru minum air paip, makan roti ‘expired’ – “Tu dia, homeschooling pun pandai sebut... English kau!”

Seorang remaja 13 tahun yang ditemui tidur di lorong oleh seorang wanita, sebelum dipertemukan dengan seorang guru yang sering terlibat dalam program kebajikan. Foto Mohd Fadli Salleh

PASTINYA kita rasa hiba setiap kali melihat kanak-kanak tanpa mengetahui asal usulnya berkeliaran di kaki lima, atau lebih menyedihkan hanya tidur di lorong.

Begitulah yang dirasai seorang wanita ketika melihat seorang kanak-kanak dengan muka pucat lesu, sambil memegang perut tanda kelaparan sebelum dibawa untuk makan.

Pengalaman wanita yang baik hati itu dicatat oleh seorang guru yang sering terlibat dengan program kebajikan, di halaman Facebooknya sehingga dikongsi lebih 15,000 kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat beranak naik motor redah hujan untuk sekampit beras, barang dapur... tiba nak bayar minta tuala wanita pula!

ARTIKEL BERKAITAN: Guru dikecam beri sumbangan snek, coklat mahal untuk orang susah! “Aku letak diri aku sebagai penerima”

Di sebuah kedai makan, guru berkenaan, Mohd Fadli Salleh berpeluang untuk bertemu sendiri dengan kanak-kanak itu melalui bantuan rakan-rakan seperjuangan.

Seorang remaja dilihat duduk di tepi kedai.

Pada awalnya, budak lelaki itu secara baik menolak ajaknya untuk makan, tetapi akur selepas dipujuk membuat pesanan makanan.

“Sebelum makan dia doa dulu, bagus budaknya. Tu dia, kata dah kenyang. Sepinggan penuh kejap je habis. Allahu, nampak sangat dia sebenarnya lapar,” ujar Mohd Fadli.

Berkongsi latar belakang, kanak-kanak itu sebenarnya adalah remaja berusia 13 tahun yang kematian ibunya akibat kemalangan jalan raya semasa umurnya lapan tahun. 

Mohd Fadli berkata, remaja itu kemudian tinggal bersama bapa tirinya di Ulu Tiram, Johor sebelum mereka berpindah ke Kuala Lumpur ketika usianya sembilan tahun.

Mohd Fadli (kiri) mengadakan pertemuan dengan remaja berkenaan (kanan).

Jelasnya, sejak itu remaja berkenaan tidak pernah bersekolah tetapi kelihatan bijak dan mempunyai potensi sekiranya diberi peluang untuk belajar di sekolah.

“Awak tahu baca? Dia angguk. Cuba baca tulisan di baju cikgu. Lancar dia baca. Bila aku suruh dia sebut masa dengan menunjukkan jam jarum aku, pun boleh dia sebut dengan tepat. Tambah tolak asas tu lancar je dia menjawab.

Aku tahu betapa malu dan hinanya rasa diri bila tiada satu sen pun dalam kocek. Dan aku takkan biarkan sesiapa sahaja dalam pengetahuan dan radar aku untuk melalui saat sebegitu selagi aku mampu membantu

MOHD FADLI SALLEH

“Awak belajar kat mana? Saya homeschooling je, dia jawab. Siapa ajar? Saya belajar sendiri katanya. Tu dia, homeschooling pun pandai sebut... English kau!

“Budak ni ada potensi, agak bijak budaknya. Kalau masuk sekolah boleh pergi jauh kalau kena gaya,” ujar Mohd Fadli, sambil menambah berdasarkan siasatan teman-temannya, remaja itu mempunyai rekod yang baik – tidak pernah mencuri, tidak merokok dan tidak melepak dengan budak-budak nakal.

Ketika menjamu makanan dalam pertemuan bersama Mohd Fadli.

Khabarnya bapa tiri remaja itu berusia hampir 60 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan, dan mereka hanya tinggal berdua di Kuala Lumpur.

“Ayah tirinya tidak kisah dia balik atau tidak. Kadang-kadang dua hingga tiga hari sekali baru dia balik rumah. Terabai budak ni. 

“Terus aku pesan kat dia, lapar je datang kedai ini. Order apa awak nak makan. Datang setiap hari pun tak apa, nanti cikgu bayarkan semua,” kata Mohd Fadli yang mahu berhubung dengan bapa tiri remaja itu untuk membincangkan urusan persekolahannya.

Mohd Fadli (kiri) berusaha untuk membantu remaja yang dikatakan tidak bersekolah sejak kecil.

Berkongsi pengalaman sendiri, Mohd Fadli pernah melalui saat di mana dia langsung tidak mempunyai wang dan hanya makan nasi hanya sekali untuk tiga hari.

“Minum air paip, makan roti dah tamat tempoh hanya untuk menghilangkan kelaparan suatu ketika dulu. Aku tahu peritnya berlapar. 

“Aku tahu betapa malu dan hinanya rasa diri bila tiada satu sen pun dalam kocek. Dan aku takkan biarkan sesiapa sahaja dalam pengetahuan dan radar aku untuk melalui saat sebegitu selagi aku mampu membantu. Itu prinsip aku sejak dulu.

“Aku tidak mampu nak bantu semua orang. Namun aku cuba sedaya upaya untuk membantu sesiapa sahaja di sekeliling aku semampu aku,” ujar Mohd Fadli.

Mohd Fadli Salleh , lorong , English , homeschool , guru

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain