suria

Sambutan hari lahir pertama tanpa Adamdidam, kasih sayang buat Mamajee tak pernah pudar – “Apakah ia suratan atau kebetulan, Ahad sentiasa hari istimewa kamu”

Trio anak buah kesayangan Adam yang diwakili Mukhtar Omar Mukhlis berkongsi rasa menerusi satu ucapan yang didekasikan sempena hari ulang tahun kelahiran Allahyarham yang ke-29 tahun. Foto: Instagram Thefamily.ok/ adamdidam

TANGGAL 10 November sepatutnya menjadi antara hari yang paling menggembirakan bagi tiga anak kecil ini.

Pada tarikh ini, mereka sepatutnya bersama-sama meraikan ulang tahun kelahiran ke-29 bapa saudara kesayangan, Adam Mahamed Ismail.

Namun, takdir mengatasi segala-galanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Chef selebriti Adamdidam meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Sahabat baik dedah Adam derita lumpuh separuh badan, hanya boleh gerakkan jari... "Dia nak bahagiakan ibu bapa sebelum cari jodoh" 

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak kongsi kisah sayu Fatimah 'standby' gantung tudung untuk doakan Mamajee... “Adam pesan dia minta maaf banyak-banyak”

Buat kali pertama, momen itu tidak dapat dikongsi selepas bapa saudara yang dipanggil Mamajee itu menghadap Ilahi pada 19 Mei lalu.

Menerusi satu posting di Instagram pada Ahad, trio anak buah kesayangan Adam, yang diwakili Omar Mukhtar Mukhlis, 13, telah berkongsi perasaan menerusi ucapan yang didekasikan buat insan tersayang itu.

“Kamu sepatutnya berusia 29 tahun hari ini…Saya tertanya-tanya sama ada ia adalah suratan atau kebetulan hari lahir pertama tanpa kamu jatuh pada Ahad? Pastinya ia lebih dari sekadar satu kebetulan. Ahad pastinya sentiasa menjadi hari istimewa kamu.

“Kamu pilih Ahad untuk mulakan perjalanan di dalam bidang masakan, orang ramai menunggu-nunggu resepi baru kamu setiap Ahad, kamu menjadi bintang yang semakin bersinar pada Ahad…dan kamu meninggalkan kami pada Ahad,” tulis Omar Mukhtar.

Adam menghembuskan nafas terakhir pada Mei lalu akibat jangkitan paru-paru.

Allahyarham sering menggunakan tanda pagar #SundayWithAdam untuk berkongsi resepi kepada pengikutnya, pada kemunculan awalnya dalam dunia masakan.

Dalam pada itu tulis Omar Mukhtar lagi, adalah sangat menyakitkan apabila tidak dapat melihat senyuman bapa saudara kesayangannya lagi terutama pada hari yang istimewa itu.

“Sungguhpun sakit kehilangan itu amat kuat, namun kehadiran kamu lebih kuat. Senyuman kamu mungkin tidak dapat dijangkau, tapi kami dapat rasakan kehangatan senyuman itu. Itu sudah cukup membuatkan kami tersenyum, dan saya dapat rasa itulah yang kamu mahu. Selamat hari lahir kepada Mamajee kesayangan,” tulisnya lagi.

Posting yang dikongsi di laman Instagram Thefamily.uk itu disertai dengan sekeping gambar ‘throwback’ Omar Mukhtar dan dua adiknya, Fatimah dan Ali bersama Adam pada sambutan ulang tahun bapa saudara mereka yang ke-26, tiga tahun lalu.

Posting itu begitu meruntun hati netizen di mana rata-rata mereka turut sama berkongsi kesedihan dan perasaan Omar Mukhtar, selain turut memberikan kata-kata semangat buat remaja tersebut dan adik-adiknya.

Ucapan yang dititipkan kakak sulung Adam, Dr Ashmiza di laman Istagram milik chef itu turut meruntun hati netizen.

Selain itu, ucapan oleh kakak sulung Adam, Dr Ashmiza yang dikongsi di laman Instagram milik cef itu turut menyentuh hati netizen.

“Adik saya Adam memberitahu seluruh dunia bahawa saya seperti ibu keduanya, teman wanitanya, teman rapatnya dan penasihat peribadinya. Dia isytihar saya adalah segala-galanya. Sangat benar. Kami adalah sebahagian dari diri masing-masing,” tulis Ashmiza.

Adam yang lebih dikenali sebagai Chef Adamdidam menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru.

Pemergian Allahyarham yang juga finalis rancangan Hero Oven musim kedua siaran TV3 bukan sahaja memberi kesan kepada ahli keluarga, bahkan turut membuatkan pengikutnya turut sama berduka.  

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain