Chef selebriti Adamdidam meninggal dunia - Semasa | mStar

Chef selebriti Adamdidam meninggal dunia

Chef Adamdidam meninggal dunia pagi Ahad.

CHEF selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam dijemput Ilahi pada usia 29 tahun.

Berita tersebut dikongsikan oleh sepupu beliau, Natasha Amran menerusi laman Instagram pada pagi Ahad. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Adam... Kamu akan sentiasa diingati dan dirindui” - Neelofa simpan kenangan bersama Adamdidam buat selamanya

ARTIKEL BERKAITAN: Adamdidam selesa 'berasap' di dapur

ARTIKEL BERKAITAN: Tradisi puasa Adamdidam wajib ada capati

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar 'kahwin' Adamdidam buat netizen patah hati

"Sepupu kesayangan saya meninggal dunia pada pagi ini. Allahuakbar. 

"Al-Fatihah untuk Adam. Semoga roh Adam ditempatkan bersama para solihin," tulisnya menerusi posting tersebut. 

Selain itu, selebriti dan pengacara Neelofa yang berpangkat anak saudara kepada Adam turut memuat naik semula posting tersebut di Instastory beliau dan berkongsi gambar mereka ketika kanak-kanak.

Natasha berkongsi tentang berita sedih itu menerusi laman Instagramnya pada pagi Ahad. - Instagram @natashaamran

Seorang sepupu lelaki Adam yang enggan dikenali berkata, chef tersebut meninggal dunia sekitar pukul 5 pagi akibat jangkitan paru-paru.

"Kami (pihak keluarga) memang mengetahui tentang keadaan kesihatan Adam yang menderita sudah lama.

"Sejak Februari lagi keadaan dia sudah tidak berapa okay," katanya ketika dihubungi mStar pada pagi Ahad.

Tambahnya, Adam meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Telipot.

Kemudian, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat Zohor.

Terdahulu, Adamdidam seolah-olah memberikan bayangan tentang keadaan kesihatan diri beliau menerusi posting kedua terakhirnya di Instagram.

Adam (tengah) bergambar bersama kedua ibu bapanya.

"Sudah terlalu lama saya menghilang... apabila sesuatu berlaku, memang sukar untuk mengembalikan kehidupan anda kepada sediakala. Sekelip mata, hidup anda berubah 360! Dan perancangan anda? Lupakan sahaja. Ia hilang. Anda rasa tidak berdaya. 

"Terlalu banyak berfikir dan semua perkara mengarut menerjah ke fikiran. Sekurang-kurangnya itu apa yang saya rasa. Tetapi percayalah, selepas semua masalah, ada kehidupan yang kuat, sihat dan bahagia yang menanti anda.

"Sebuah hidup yang lebih baik! Diri anda yang lama akan hilang, tetapi yang baharu ada di sini. Bukannya buruk, tetapi semangat yang lebih baik. Sesiapa yang berdepan ujian, ingatlah, Dia memberikan ujian paling getir kepada hamba-Nya yang paling disayangi," tulis Adam pada 20 Februari lalu.

Adam ialah peserta rancangan Hero Oven musim kedua siaran TV3.

Adamdidam , chef , meninggal dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ratusan hadiri pengebumian Faziani

Artikel Lain