suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemergian Faziani satu kehilangan besar dunia perniagaan produk kecantikan negara

Faziani maut dalam kemalangan yang berlaku di Pattani pagi Sabtu.

DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan menyifatkan pemergian pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad, 39, satu kehilangan besar kepada industri perniagaan produk kecantikan negara, khususnya di Kelantan.

Yang Dipertuanya Mohd Ali Amin Abd Latif berkata pemergian usahawan terkenal secara mengejut itu, pastinya memberi kesan kepada semua pihak, terutama anggota keluarga dan usahawan jenama produk berkenaan di seluruh negara.

"Beliau antara usahawan Kelantan yang berjaya mengetengahkan produk kecantikan di negara ini. DPMM mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarganya atas pemergian arwah," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Mohd Ali Amin berkata pihaknya akan menziarahi Allahyarham di kediamannya di Wakaf Baru hari ini, dan mendoakan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Faziani maut dalam kemalangan itu yang berlaku kira-kira 10.30 pagi, manakala suaminya Ahmad Shah Rizal pula cedera parah.

Kehilangan besar, Faziani, DPMM

Artikel Lain