suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jadi korban buaya, mayat tanpa kepala ditemui

Gambar sekadar hiasan.

MAYAT lelaki tanpa kepala dipercayai dibaham buaya ditemukan di kolam tadahan air Sahabat 41, dekat Lahad Datu, Sabah pada pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, mayat mangsa ditemukan pada 6.15 pagi oleh kumpulan pencari termasuk polis, kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian dalam keadaan tidak sempurna, kesan luka gigitan di kaki dan paha termasuk hilang tangan kanan dari bahu hingga ke rusuk.

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Stephen Tolok, 30-an berdasarkan pengecaman oleh isteri dan rakannya melalui seluar yang dipakai Stephen.

"Kejadian berlaku pada petang semalam ketika mangsa bersama rakannya sedang menjala ikan di kolam tadahan Kilang Sahabat 41, Kampung Kembara Sakti.

"Sewaktu mangsa dan rakannya sedang menjala ikan, tiba-tiba kaki mangsa digigit di kaki kanan dan diheret ke dasar kolam, mangsa sempat menjerit minta tolong," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Nasri berkata, rakan mangsa yang menyaksikan kejadian segera melaporkan kepada pihak pengurusan ladang yang membuat laporan polis. - Bernama

buaya

Artikel Lain