suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

S.M. Mohamed Idris meninggal dunia

S.M. Mohamed Idris.

PRESIDEN Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S.M. Mohamed Idris, 92, meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC), Georgetown, Pulau Pinang pada pukul 5 petang, Jumaat kerana sakit tua.

Naib Presiden CAP yang juga adik kepada Allahyarham, Mohideen Abdul Kader yang mengesahkan perkara itu berkata jenazah abangnya akan dibawa ke rumahnya di No 2 Rose Avenue, di sini selepas urusan di hospital selesai.

Beliau berkata jenazah abangnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak pada pukul 10 pagi Sabtu.

Mohamed Idris dilahirkan pada 6 Dis 1926 adalah pengasas kepada penubuhan CAP pada tahun 1969 dan beliau juga adalah pengerusi Sahabat Alam Malaysia.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran George Town (kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang) selama beberapa tahun sejak 1954.

Allahyarham yang juga seorang pencinta alam sekitar pernah menerima Anugerah Tun Abdul Razak pada 22 Jun 2014 di atas sumbangannya terhadap komuniti dan alam sekitar.

Mohamed Idris meninggalkan empat orang anak. - BERNAMA.

Artikel Lain