Bekas Ketua Umno Permatang Pauh meninggal dunia - Semasa | mStar

Bekas Ketua Umno Permatang Pauh meninggal dunia

Allahyarham Ahmad Saad.

BEKAS Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Ahmad Saad meninggal dunia pagi Ahad, pada usia 68 tahun.

Ahmad yang juga pernah menjadi ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, meninggal dunia kerana sakit tua dan menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam.

Memetik laporan Berita Harian, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Panjang selepas solat jenazah.

Beliau meninggalkan tiga isteri, 15 anak dan 22 cucu.

Allahyarham dilaporkan menghidap angin ahmar sejak lapan tahun lalu dan kesan daripada penyakit itu menyebabkan beliau lumpuh sebelah badan.

Beliau yang berasal dari Kampung Bukit Indera Muda, Kubang Semang di Permatang Pauh dan pernah menjadi pegawai daerah Bukit Mertajam dari tahun 1976 hingga 1978.

Allahyarham pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti dari 1991 hingga 1995; Adun Permatang Pasir (1995-1999) dan EXCO Pemuda Umno.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Batik Malaysia Bhd; Presiden LBI Capital Bhd; Pengerusi Lembaga LBI Capital Bhd; Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Promto Bhd; Pengarah Federal Auto Holdings Bhd dan Patco (M) Bhd. - The Star

Umno , Ahmad Saad , Permatang Pauh

Artikel Lain