Ratusan hadiri pengebumian Faziani - Semasa | mStar

Ratusan hadiri pengebumian Faziani

Suami pengasas produk kecantikan Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad, Shah Rizal Ibrahim kelihatan sedih di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar malam ini. Foto: Bernama

dikemaskini

RATUSAN orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada  pengasas Dnars Faziani Rohban Ahmad yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar.

Jenazah Allahyarhamah dibawa dari hospital Pattani, Thailand ke kediamannya di Wakaf Bahru, Tumpat, Kelantan sebelum dimandikan dan dikebumi selepas Isyak dan selesai lebih kurang pukul 10.45 malam.

Ratusan orang mengusung keranda yang membawa jenazah Faziani.

Dianggarkan kira-kira 300 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan penduduk kampung berdekatan hadir pada pengebumian itu.

Ahli perniagaan kosmetik berusia 40 tahun tersebut maut dalam kemalangan membabitkan kereta yang dinaiki bersama suaminya, Ahmad Shah Rizal.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas Dnars terkorban dalam perjalanan sampaikan sumbangan ke tahfiz Pattani

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri menggigil terima berita pemergian pengasas Dnars, "Dia janji nak datang majlis iftar saya malam ini"

Bagaimanapun suaminya hanya mengalami kecederaan di mata dalam kejadian tersebut.

Faziani maut di tempat kejadian.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi membabitkan sebuah lori dan kereta yang dinaiki kedua-dua mereka.

Dipercayai Allahyarham dan suaminya dalam perjalanan ke sebuah pusat pengajian pondok di Pattani untuk menyumbangkan wang zakat.

Dalam pada itu bercakap kepada Bernama, Ahmad Shah berkata, pada hari kejadian dia bertindak memandu kenderaan kerana pemandu mereka mengambil cuti kerana isteri melahirkan anak.

Semasa kemalangan berlaku, Faziani sedang tidur di tempat duduk hadapan sebelah pemandu.

"Apabila kemalangan itu berlaku, Faziani tidur di sebelah saya dan kenderaan saya telah melanggar lori yang diletakkan di tepi jalan sehingga menyebabkan isteri saya cedera parah dan meninggal dunia," kata Ahmad Shah yang cedera pada mata kanan.

Jenazah Faziani dikebumikan bersebelahan kubur bapanya, Rahban Ahmad Syamsir Ahmad, yang men1ggal dunia pada April 2010.


Faziani Rohban

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain