suria

Wow! Tinggi, wangi dan cantik macam anak patung... anak Malaysia imbas momen diterbangkan ke LA, dapat peluk Taylor Swift di belakang pentas

Imbas Bel (kanan), dia cukup gementar ketika dibawa bertemu penyanyi itu sebelum konsertnya berlangsung di Staples Center.

BAGAI mimpi jadi realiti.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai pertemuan seorang wanita Malaysia dengan penyanyi popular antarabangsa, Taylor Swift pada 22 Ogos 2015 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS).

Imbas Belinda Halime, 29, dia hadir menyaksikan konsert penyanyi itu di Kuala Lumpur pada tahun 2014, namun tidak menyangka dapat bertemu lebih dekat dengan figura antarabangsa itu pada tahun berikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik migrain, tak pergi sekolah, translator konsert Blackpink ini dedah result SPM ‘haprak’ sebelum belajar sendiri bahasa Korea di internet

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis peminat BTS dapat jolokan CL 2NE1 versi halal, semuanya gara-gara video TikTok - “Cuma perlu tambah tahi lalat”

Mesra disapa Bel, dia yang memenangi peraduan anjuran sebuah jenama ais krim Cornetto mengakui sukar percaya akan peluang keemasan yang diberikan kepadanya.

"Masa tahun 2014, Taylor Swift ada buat konsert di Malaysia. Masa tu saya beli tiket harga RM700 lebih, saya dapat tempat duduk berdekatan pentas. Tapi saya cuma tengok dia dari tempat duduk saya saja.

"Selepas habis konsert, saya nampak banner Taylor. Saya minta adik untuk ambil gambar. Saya kata, tak apalah kalau tak dapat jumpa dia. Dapat ambil gambar dengan banner pun dah memadai.

"Tapi saya tanam impian dalam hati, suatu hari nanti nak jumpa dia. Pada 2015, saya masuk sebuah pertandingan dan menjadi antara pemenang dari Malaysia yang dibawa ke Los Angeles untuk jumpa Taylor.

bel2

Bel ketika menghadiri konsert Taylor di ibu negara pada tahun 2014.

"Jadi, percayalah dengan impian anda. Walaupun rasa mustahil, kita kena percaya dengan impian masing-masing. Saya rasa meremang bulu roma sebab impian pada tahun 2014 jadi realiti pada tahun 2015," ujarnya.

Imbas Bel, dia cukup gementar ketika dibawa bertemu penyanyi itu sebelum konsertnya berlangsung di Staples Center.

Taylor seorang penyanyi yang kreatif. Setiap lagu ada cerita. Lirik-lirik dia semua bertepatan dengan perasaan saya.

BEL

Bel yang membawa kakaknya ke konsert itu berkata, dia bukan sahaja sempat bergambar kenang-kenangan, malah berpeluang bertemu dekat dan memeluk penyanyi kesayangannya itu.

"Ada tiga pemenang dari Malaysia. Setiap seorang boleh bawa teman, jadi saya pergi dengan kakak saya. Penginapan, kos tiket konsert dan penerbangan, insuran serta visa ditaja penganjur pertandingan.

"Kami dibawa jumpa Taylor sebelum konsert bermula. Saya rasa berdebar, teruja dan macam tak percaya. Macam hilang kata-kata.

"Selain bergambar, saya juga dapat peluk Taylor dua kali. Dia memang tinggi, wangi dan cantik macam anak patung," ujarnya lagi.

bel3

Bel ditemani kakaknya ketika dibawa bertemu Taylor di Los Angeles.

Pada penghujung tahun sama, Bel sekali lagi menghadiri konsert Taylor yang diadakan di Singapura, yang mana ia merupakan konsert ketiga penyanyi itu yang dihadirinya.

Jelas Bel, dia bukan sahaja menggemari genre muzik Country yang diperjuangkan Taylor, malah turut mengagumi kemampuan penyanyi itu dalam penulisan lirik yang puitis dan penuh dengan elemen penceritaan.

"Taylor seorang penyanyi yang kreatif. Setiap lagu ada cerita. Lirik-lirik dia semua bertepatan dengan perasaan saya. Saya juga minat muzik Country, jadi ia kena dengan jiwa saya.

"Kalau ada peluang, sudah tentu saya nak pergi lagi ke konsertnya pada masa akan datang. Saya dah minat dia sejak hujung tahun 2013 lagi," ujar Bel yang turut bekerja secara freelance sebagai jurumekap.

bel44

Bel sudah tiga kali menghadiri konsert Taylor.

Selain tiga kali konsert Taylor, Bel juga pernah menghadiri konsert Kelly Clarkson dan kumpulan Black Eyed Peas.

Dalam pada itu, Bel baru-baru ini turut berkongsi kisah perjalanannya ke Los Angeles pada 2015 menerusi bingkisan video di TikTok.

Kata Bel, dia yang sekadar mahu berkongsi kenangan tidak menyangka video itu akan meraih sehingga lebih setengah juta tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain