suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mungkir janji berbogel dari KL ke Johor... pemuda ini akhirnya mohon maaf, tunaikan nazar!

Lelaki mungkir janji untuk berbogel dari KL ke Johor mohon maaf.

SEORANG lelaki yang sebelum ini berjanji akan berbogel dari Kuala Lumpur hingga ke Johor sekiranya Kuala Lumpur City dapat menewaskan Johor Darul Takzim dalam perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini telah tampil untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Lelaki terbabit turut bernazar untuk memberi tinted percuma di sebuah surau yang tidak dinyatakan lokasinya.

"Dengan rendah diri saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia disebabkan video saya yang tular baru-baru ni, saya berjanji tak akan mengulanginya lagi.

"Dan saya bernazar untuk memberikan tinted percuma kepada sebuah surau, saya harap rakyat Malaysia boleh memaafkan saya," katanya.

Video yang dimuat naik di akaun TikTok tintedoffer2 sekitar tiga jam lalu itu telah mendapat hampir 500,000 tontonan.

Lelaki terbabit sebelum ini memuat naik satu video berdurasi 34 saat berkata:

“Kalau KL boleh kalahkan Johor malam ini aku bogel daripada KL sampai ke Johor bro. Bogel tahu, aku bogel, serius aku cakap bukan sembang punya.

“Tidak pernah dalam sejarah KL boleh kalahkan Johor. Hidup JDT! Aku bogel daripada KL sampai Johor,” katanya

JDT bagaimanapun tewas 2-0 di Stadium National, Bukit Jalil.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

bogel, KL, Johor, Piala Malaysia, KL City

Artikel Lain