Asyik migrain, tak pergi sekolah, translator konsert Blackpink ini dedah result SPM ‘haprak’ sebelum belajar sendiri bahasa Korea di internet - Viral | mStar

Asyik migrain, tak pergi sekolah, translator konsert Blackpink ini dedah result SPM ‘haprak’ sebelum belajar sendiri bahasa Korea di internet

Shah (kanan) mengakui gembira apabila berpeluang untuk bekerja dengan kumpulan K-Pop seperti Blackpink.

DOMINASI muzik K-Pop di peringkat global sememangnya sukar untuk disangkal.

Malah, nama-nama kumpulan seperti Blackpink, BTS, EXO, BigBang, 2NE1 dan banyak lagi cukup dikenali anak-anak muda di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Terbaharu, perkongsian seorang anak tempatan yang bertugas sebagai juru alih bahasa untuk selebriti K-Pop cukup mencuri perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlambak artis Malaysia seksi, peminat anggap Blackpink 'just fine', “Takkan nak pakai baju kurung?”

ARTIKEL BERKAITAN: Artis Kpop - BTS pakai Baju Melayu kiriman peminat Malaysia

Shah Azham, 23, menerusi Twitter mengakui kegagalannya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menjadi penghalang untuk dirinya mengorak langkah dalam kerjaya berkenaan.

"Sebenarnya sejak usia 10 tahun saya alami migrain dan kerap tak hadir ke sekolah. Jadi saya banyak tertinggal pelajaran.

"Pada saya, keputusan SPM tu memang haprak. Saya anggap tak berjayalah. Selepas sekolah, masa tu K-Pop tengah naik.

Perkongsian Shah di Twitter.

"Dalam tahun 2014, saya belajar bahasa Korea... 100 peratus belajar dari internet," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Walaupun gagal dalam SPM, Shah sempat membuka sebuah syarikat berkaitan rekaan grafik.

Dia juga sempat menjadi guru tuisyen untuk subjek bahasa Inggeris di Subang Jaya, Selangor sebelum menceburi kerjaya sebagai juru alih bahasa.

"Hujung minggu saya ajar English. Kat situ ada makcik Korea bawa cucu datang belajar. Sementara tunggu kelas, saya borak dengan dia.

"Itu sahaja cara untuk saya praktikkan bahasa Korea yang dipelajari sehinggalah salah seorang guru dengar saya cakap Korea dan dia offer untuk jadi translator.

Sistem kerja orang Korea cukup berbeza dengan kita. Kerja dengan artis Korea, mereka cukup profesional.

SHAH AZHAM

"Bermula dengan program Korean Summer Camp, ia membawa kepada banyak lagi job translator yang lain. Nama saya mula meniti di bibir event organiser.

"Pada 2017 saya ke Korea selama tiga bulan untuk mendalami bahasa dan budaya mereka," katanya.

Selepas itu, seorang rakannya menawarkan tugas untuk menjadi juru alih bahasa bagi konsert kumpulan Ikon dan Winner yang berlangsung di Malaysia pada tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, dia sekali lagi diberi tugas sama untuk konsert kumpulan Blackpink.

Bercerita mengenai pengalaman mengujakan itu, Shah mengakui ia satu peluang keemasan buatnya.

"Bagi saya, walaupun mereka artis terkenal, saya hanya fokus pada kerja. Di sebalik itu semua, rasa nak tercabut otak.

Shah cukup mengagumi cara kerja orang Korea yang dianggap berdisiplin tinggi.

"Sistem kerja orang Korea cukup berbeza dengan kita. Kerja dengan artis Korea, mereka cukup profesional.

"Sangat tepati waktu, masa sound check pun dah all out. Semua harus sempurna," ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Dalam pada itu, posting Shah di Twitter sehingga kini menerima hampir 7,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ramai peminat K-Pop tempatan turut membanjiri ruangan komen posting tersebut.

"Cerita awak memang membangkitkan semangat saya untuk sambung belajar dalam bahasa Korea. Harap saya berjaya macam awak.

"Kamu individu paling bertuah. Kerja ni susah dan mesti ramai K-Poppers cemburu dengan kamu," tulis beberapa individu.

Shah Azham , juru alih bahasa , Blackpink , K-Pop

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain