suria

Isteri terjumpa balang pelik, rupa-rupanya ada surat cinta kiriman 3 wanita buat bekas atlet renang paralimpik... tapi kenapa orang rumah tak marah?

Sue berasa geli hati apabila membaca isi surat cinta tersebut.

"CARA buka kertas tu dah nampak hormon tak stabil".

Itulah salah satu komen netizen apabila seorang wanita memuat naik video membuka balang yang berisi surat cinta milik suaminya.

Wanita yang dikenali sebagai Suffi Mazatulnizam membuat perkongsian tersebut di aplikasi TikTok dan meraih pelbagai komen lucu daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering dihina kerana kaki pendek sebelah sejak lahir... bakal akauntan ini tak nak nampak lemah, malas nak layan 'mulut orang'

ARTIKEL BERKAITAN:Miliki 40 tahun pengalaman, sentuhan tukang rumah 'garang' buatkan anak bongsu kesayangan tak sabar nak OOTD depan rumah

Bercerita kepada mStar, Suffi yang mesra disapa Sue berkata, dia terjumpa balang yang berisi surat cinta itu sewaktu suaminya membawa pulang barang daripada hostel pindah ke rumah mereka.

Suaminya iaitu Anas Zul Amirul Sidi, 21, yang mempunyai masalah pembelajaran (slow learner) merupakan pemegang pingat emas dalam acara renang 100 meter gaya bebas paralimpik S14 Malaysia 2017 dan turut mewakili Malaysia dalam pertandingan renang di tiga buah negara iaitu Singapura, Portugal dan Filipina pada tahun lalu.

Kata Suffi, suaminya baru sahaja menamatkan kerjayanya sebagai atlet negara dan kini bekerja di sebuah kilang di Seremban.

"Masa tu suami baru berhenti sebagai atlet negara, jadi saya bawa barang-barang dia dari hostel ke rumah kami. Saya peliklah, balang apa yang berisi banyak kertas ni?

"Rupa-rupanya surat cinta dia zaman dulu-dulu, tapi saya tak marah pun sebab kenal si pengirim surat tu dan suami dah cerita kisah dia dengan wanita itu.

IMG_4971

Anas merupakan pemenang pingat emas dalam acara renang 100 meter gaya bebas paralimpik S14 Malaysia pada tahun 2017.

"Jadi bila jumpa surat tu, saya percayalah suami memang menceritakan perkara yang sebenar," katanya yang baru setahun mendirikan rumah tangga.

Menurut Sue, suaminya tahu dia telah pun membaca surat-surat cinta tersebut dan langsung tak kisah kerana hanya berkenalan rapat dengan pengirim surat tersebut.

Malah Anas turut mengakui yang dia mempunyai ramai peminat perempuan pada waktu itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Anas tahu saya baca surat tu dan tak kisah langsung kerana dia tak bercinta pun dengan pengirim surat itu, hanya berkenalan secara rapat sahaja.

"Dalam balang itu ada surat cinta daripada tiga perempuan lain. Ada yang beri nombor telefon, bertanya bila tarikh hari jadinya dan ada yang bertanya khabar.

Nampak gaya macam marah itu sebab angin kuat dan susah saya nak rakam.

SUFFI MAZATULNIZAM

"Anas kata biasalah, waktu itu memang ramai perempuan yang miminatinya," ujarnya yang berasal dari Jempol, Negeri Sembilan.

Walaupun ada yang memberikan komen seperti Sue kelihatan marah sewaktu membuka surat itu, dia sebenarnya sedang melawan tiupan angin yang menghalangnya daripada merakam detik tersebut.

Wanita berusia 22 tahun itu berasa geli hati apabila membaca isi surat cinta daripada peminat suaminya.

"Nampak gaya macam marah itu sebab angin kuat dan susah saya nak rakam. Sebenarnya saya okey je, tak marah langsung.

"Kalau original video tu, saya gelak je dalam video sebab rasa kelakar pengirim surat itu ucapkan 'I love you' tetapi akhirnya Anas nikah dengan saya.

IMG_4969

Suffi dan Anas mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.

"Sepanjang kami bercinta dulu tak adalah hantar surat macam tu, cuma saya pernah buat satu hari satu surat untuk Anas baca apabila dia ada pertandingan renang di luar negara," ujarnya kepada mStar.

Setiap hubungan pasti ada naik turunnya dan Sue juga pernah melalui detik di mana dia rasa agak cemburu di awal perkenalannya bersama suami.

Tetapi apabila sudah bertunang dan bernikah, perasaan cemburunya itu berkurang kerana dia dapat melihat sendiri Anas betul-betul mencintainya.

Mengimbas perkenalannya dengan jejaka itu, Sue berkata, dia dan Anas pernah berjiran ketika mereka sama-sama tinggal di Seremban, Negeri Sembilan, sewaktu mereka masih kecil.

Selepas itu, Sue berpindah ke Jempol sebelum ditakdirkan bertemu semula dengan Anas sewaktu dia menjadi sukarelawan Sukan Para ASEAN 2017 di Kuala Lumpur.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain