suria

Lebih sedekad terlibat aktiviti kemasyarakatan, aktivis terperangkap taktik licik scammer... konon kutip dana untuk anak hidap sakit kronik

Natipah membuat laporan polis selepas menjadi mangsa scammer yang menggunakan gambarnya untuk tujuan mengutip dana bagi mengisi tabung kebajikan yang sebenarnya tidak wujud.

TIDAK dinafikan terlalu ramai yang terkesan khususnya dari sudut ekonomi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Justeru tidak hairanlah ada pihak yang sanggup mengambil jalan singkat demi kepentingan sendiri dek kerana terdesak.

Menerusi satu hantaran di Facebook, aktivis sosial dan kebajikan, Natipah Abu yang dikenali ramai di laman berkenaan turut menjadi mangsa apabila gambarnya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi memperdaya orang ramai untuk mengutip dana bagi mengisi tabung kebajikan yang sebenarnya tidak wujud.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebelah kaki membengkak sejak lahir, si kecil berusia 3 tahun asyik bertanya bila boleh sembuh... tak sabar nak jadi ahli bomba! - “Dia merangkak masuk bilik kerana malu”

ARTIKEL BERKAITAN: Demi 6 anak, bapa OKU sanggup cari helah... sakan shopping barang rumah, hakikatnya tak ada duit sesen pun! - “Saya biarkan tuan kedai mengira macam biasa”

Menurut Natipah atau senang membahasakan diri sebagai Kak Pah, gambar serta kisah mengenai dirinya menjadi tular apabila dikaitkan dengan dua kes kanak-kanak sakit kronik yang dimuat naik seorang pengguna Facebook.

Ujarnya, kenyataan seperti yang dilaporkan menerusi hantaran terbabit adalah tidak benar sama sekali, yang mana dia didakwa merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua anak yang menghidap penyakit kronik.

natipah baru 1

Adik Ammar yang sebelum ini menghidap ketumbuhan di ketiak, sudah sembuh selepas menjalani pembedahan pada tahun lalu.

Jelas Natipah, salah seorang kanak-kanak yang ditular telah selesai menjalani pembedahan manakala seorang lagi sedang dirawat di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, namun hantaran di akaun terbabit menceritakan sebaliknya demi memanipulasi orang ramai.

"Ini kali pertama berlaku untuk kes Kak Pah. Kak Pah tak terfikir nak watermark gambar ni sebab Kak Pah up hanya untuk makluman followers tentang kes adik Ammar yang mengidap ketumbuhan.

Saya ambil tindakan ini kerana tak mahu masyarakat terus tertipu dengan mereka yang memang suka mengambil kesempatan.

NATIPAH ABU

AKTIVIS MASYARAKAT

"Adik Ammar pun dah sembuh dah menjalani kehidupan normal seperti rakan-rakan sebaya yang lain," ujarnya kepada mStar.

Menurut aktivis yang sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam lapangan kebajikan, dia sudah membuat laporan polis pada Isnin, bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya kecewa sangat sebab dalam keadaan ramai yang di dalam kesusahan, ada yang mengambil jalan mudah untuk mencari duit.

"Saya ambil tindakan ini kerana tak mahu masyarakat terus tertipu dengan mereka yang memang suka mengambil kesempatan.

"Kes penipuan scammer macam ni sebenarnya bukanlah perkara baru tetapi malangnya sehingga kini ia belum dapat dibendung kerana sifat prihatin masyarakat," ujarnya lagi.

natipah baru 2

Natipah sudah berkecimpung dalam lapangan sosial dan kemasyarakatan sejak lebih sedekad lalu.

Untuk rekod, Natipah aktif melakukan kerja kebajikan dan sering memuat naik perkongsian menerusi hantaran di Facebook.

Justeru Natipah menasihati orang ramai agar berhati-hati dan membuat semakan dengan teliti serta tidak mudah terpedaya dengan taktik golongan seperti ini.

"Penderma boleh selidik dulu wall orang yang share post ni. Biasanya post seperti ini datangnya dari akaun palsu," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain