suria

Sebelah kaki membengkak sejak lahir, si kecil berusia 3 tahun asyik bertanya bila boleh sembuh... tak sabar nak jadi ahli bomba! - “Dia merangkak masuk bilik kerana malu”

Sebelah kaki adik Muhammad Lutfi membengkak sejak lahir kerana masalah saluran darah.

KETIKA kanak-kanak sebayanya bisa berjalan dan berlari ke sana sini, namun tidak bagi si kecil ini.

Usianya baru sahaja mencecah tiga tahun, namun begitu berat penderitaan yang ditanggung gara-gara sebelah kakinya membengkak sejak lahir lagi.

Seiring peningkatan usia, kaki si kecil bernama Muhammad Lutfi Aidin Abdul Jalil ini semakin membesar dari paras pangkal paha hingga betis sekaligus membataskan pergerakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi 6 anak, bapa OKU sanggup cari helah... sakan shopping barang rumah, hakikatnya tak ada duit sesen pun! - “Saya biarkan tuan kedai mengira macam biasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Bertongkat singgah kedai belum dibuka, makcik tua senyum meleret dipelawa pilih barang free... pegang punya pegang akhirnya ambil telekung!

Kisah mengenai Muhammad Lutfi dikongsikan oleh seorang aktivis sosial dan kebajikan, Natipah Abu di laman Facebooknya.

Menurut Natipah yang sudah lebih 10 tahun terlibat dalam lapangan berkaitan kebajikan dan misi kemanusiaan, hati keibuannya meminta untuk melakukan sesuatu selepas membaca mesej di peti mesej (DM) yang ditulis sendiri oleh ibu kanak-kanak tersebut, baru-baru ini.

"Kak Pah rasa kesian melihat anak sekecil ini menanggung sakit. Kak Pah rasa boleh usahakan... selebihnya kita berserah kepada Allah," katanya kepada mStar.



Adik Muhammad Lutfi bercita-cita menjadi seorang anggota bomba.

Menurut wanita ini, Muhammad Lutfi menghidap Klippel Trenauney Weber Syndrome iaitu masalah yang berkaitan dengan saluran darah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kasihan... badannya semakin kurus. Bila ada tetamu yang tidak dikenali datang, dia akan merangkak masuk ke dalam bilik kerana malu.

"Saban hari adik Lutfi akan bertanya kepada si ibu, adakah kakinya akan sembuh dan adakah dia boleh mencapai impian untuk menjadi seorang ahli bomba," ceritanya.

Keadaan keluarga tersebut yang hanya bergantung sepenuhnya kepada pendapatan si bapa sebagai pengusaha warung makanan menjadi kekangan utama dalam usaha untuk mencari dana mengubati penyakit yang dideritai si kecil.

Saban hari adik Lutfi akan bertanya kepada si ibu, adakah kakinya akan sembuh dan adakah dia boleh mencapai impian untuk menjadi seorang ahli bomba

NATIPAH ABU

AKTIVIS KEBAJIKAN

Lebih-lebih lagi pasangan tersebut mempunyai tiga anak lain yang masih kecil dan berusia dalam lingkungan empat tahun hingga sembilan tahun.

"Melihatkan keadaan adik Lutfi, Kak Pah membuat keputusan untuk tidak menunggu lagi. Alhamdulillah, setelah berbincang dengan Dr Syariz Sehat, Pakar Bedah Kanak-Kanak di Hospital Avisena dan Prince Court Medical Centre, kami bersetuju adik Lutfi dibawa ke HUKM dengan segera.



Natipah (depan) sudah lebih 10 tahun bergiat dalam lapangan kerja kebajikan dan misi kemanusiaan.

"Kes adik Lutfi akan dikendalikan oleh Prof Dr Abdul Halim Abdul Rashid, Pakar Tulang Kanak-Kanak dan pasukannya. Beliau sangat berpengalaman dengan kes sebegini," kata Natipah yang mebahasakan dirinya sebagai Kak Pah.

Tambah Natipah, kanak-kanak tersebut kini sudah pun berada di HUKM, namun rawatan masih belum bermula dan perbincangan untuk prosedur seterusnya sedang dilakukan.

"Sama-samalah kita doakan agar kumpulan pakar perubatan kita dapat menyelamatkan adik Lutfi dan dia akan kembali sembuh serta membesar dengan sihat," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain