suria

Foto bapa waktu remaja dapat pujian, anak sendiri tak percaya masa mula-mula tengok album... siap ada yang tawar diri, ayah kan ada tiga kuota kosong!

Video 'throwback' foto bapa Athalia ketika muda meraih perhatian ramai.

MELIHAT kepada wajah lelaki ini yang kian dimamah usia, siapa sangka dia mempunyai paras rupa yang menarik ketika muda.

Wajah serta penampilan lelaki ini ketika zaman remajanya dikongsikan oleh anak perempuannya menerusi aplikasi TikTok.

"My dad said he was a handsome boy (Ayah saya kata dia budak lelaki kacak)," tulisnya pada perkongsian tersebut yang sehingga kini meraih lebih 407,000 jumlah tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beranak ini sama-sama jelita... tapi si ibu lebih ‘laju’ dapat info dirinya jadi perhatian - “Mak saya tahu bukan dari saya”

ARTIKEL BERKAITAN: TikTok punya hal, ibu 5 anak tiba-tiba popular... tanpa bantuan filter kamera - “Mami pun tak ada rutin atau tip pelik-pelik”

Menurut Athalia Azry Azrien Azry, dia hanya muat naik video tersebut di media sosial secara suka-suka selepas melihat perkongsian seorang pelayar yang memuat naik foto bapanya ketika muda.

"Ayah saya sememangnya menyimpan banyak foto album ketika dia muda-muda dulu. Ketika saya pertama kali tengok gambar ayah dulu, macam tak percaya... 'eh ni ayah aku ke?'

"Kebetulan baru-baru ini ternampak satu video dekat TikTok, orang tu letak muka ayahnya sewaktu muda dan sewaktu usia sekarang... jadi saya pun tergerak nak cuba.



Adik ketiga Athalia mempunyai iras wajah seperti bapa mereka ketika waktu remaja.

"Tapi memang tak sangka boleh jadi viral. Saya tunjuk video tu dekat ayah, dia terkejut tapi segan-segan sambil kata 'habislah lepas ni'," ceritanya kepada mStar.

Menurut Athalia, bapanya, Azrien Azry yang kini berusia 48 tahun pernah berkongsi cerita bahawa dia sebelum ini mempunyai ramai peminat rahsia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ayah dulu bersekolah di Klang dan menjadi seorang pengawas. Ramai pelajar perempuan mahu berkenalan, siap pos surat dekat rumah.

"Tapi yang lucunya, surat-surat tersebut tak sempat sampai ke tangan ayah sebab adik-adik dia yang selalu buka dahulu," cerita gadis berusia 18 tahun ini.

Ramai pelajar perempuan mahu berkenalan, siap pos surat dekat rumah.

ATHALIA AZRY

Sungguhpun mempunyai raut wajah yang tampan, Athalia berkata bapanya seorang lelaki yang sangat pemalu.

"Mak berkenalan dengan ayah dekat universiti... itupun cerita ayah, mak yang tegur dia dahulu," ujar anak kedua daripada empat adik beradik ini.

Menurut Athalia lagi, dalam adik beradiknya, hanya adik lelakinya yang lebih mengikut iras wajah bapa mereka.



Athalia merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.

"Memang terkejut bila video ni viral. Paling nak tergelak apabila baca komen-komen lucu netizen.

"Rata-ratanya bergurau... ada yang cuba tawarkan diri, ada yang kata ayah masih ada tiga 'kuota' kosong. Tapi kami anggap ia komen menghiburkan dan sekadar gurauan," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain