suria

Lebih 4 tahun ‘rompong’, semuanya gara-gara magnet... apa yang berlaku sebenarnya sampaikan remaja ini terpaksa pakai gigi palsu?

Syahmina berkongsi kisah di sebalik gigi palsunya.

SELAIN menghancurkan makanan, fungsi gigi adalah bagi menambahkan seri dalam senyuman.

Bagi kebanyakan individu, memiliki gigi yang yang tidak rata, rosak atau 'rompong' boleh menyebabkan kurangnya keyakinan dalam diri.

Pernah mengalami insiden yang menyebabkan sebatang gigi di bahagian depan rosak sehingga terpaksa dicabut, gadis ini bagaimanapun enggan membiarkan dirinya terus 'down' disebabkan situasi tersebut, sebaliknya dia memilih untuk lebih positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerana gigi, jurulatih zumba tanggung derita 9 tahun... diejek, kena buli sampai ada Kelab Anti Nurin -“Orang cakap saya muka sampah”

ARTIKEL BERKAITAN: Si cantik tiada 2 batang gigi ‘famous’ selepas sertai media sosial, simpan kisah duka terpaksa berhenti sekolah jaga ibu sakit kanser

Terdahulu, gadis ini berkongsi video dirinya yang mengenakan gigi palsu di aplikasi TikTok yang sehingga kini meraih lebih 60,000 tontonan.

Tidak keberatan berkongsi kisah di sebalik apa yang berlaku, gadis yang mahu dikenali sebagai Syahmina berkata insiden tidak dilupakan itu berlaku ketika dia berada dalam darjah tiga.

"Masa itu saya dan beberapa rakan sedang berada di bilik guru. Dua daripada mereka sedang bermain baling magnet. Ketika nak keluar dari bilik guru untuk ke kantin, tak semena-mena magnet tersebut terkena gigi depan saya.



Syahmina bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang sentiasa memberikannya sokongan.

"Masa tu tak ada darah atau gigi serpih. Guru pun periksa keadaan mulut dan gigi saya namun tak ada apa-apa kesan. Saya rasa, masa tu saya pun tak rasa sakit," cerita gadis berusia 15 tahun ini.

Namun menurut Syahmina, seminggu selepas kejadian tersebut, dia mula berasa sakit pada bahagian gigi hadapannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Apa yang membuatkannya terkejut, sebatang gigi hadapannya 'jatuh' dan berubah daripada kedudukan asal.

"Bila pergi klinik gigi, doktor beritahu gigi tersebut 'crack' sehingga bahagian akarnya dah tak dapat diselamatkan. Doktor sarankan untuk cabut gigi tersebut.

"Kalau nak buat prosedur tanam gigi, usia saya belum sesuai... kena tunggu cukup umur.

"Jadi dalam tempoh beberapa tahun, saya tak ada sebatang gigi depan sehinggalah mula buat gigi palsu ketika tingkatan satu," ujar anak keempat daripada lima adik beradik ini.

Ramai juga termasuk saudara mara cadangkan keluarga saya ambil tindakan terhadap budak yang balik magnet tu, tapi kami reda saja.

SYAHMINA

Menurut Syahmina, ejekan dan usikan adalah perkara yang biasa dialaminya sepanjang tempoh giginya 'rompong.

"Tapi masa tu budak-budak lagi, tak ada rasa apa sangat sebab budak-budak peringkat umur tu sedang dalam fasa nak tukar gigi susu kepada gigi kekal.

"Cuma bila masuk darjah lima dan enam, kita dah mulai matang. Adalah sikit rasa malu bila ada budak lelaki ejek. Tapi kawan-kawan rapat banyak 'back-up'.

"Ramai juga termasuk saudara mara cadangkan keluarga saya ambil tindakan terhadap budak yang balik magnet tu, tapi kami reda saja. Lagipun budak tu salah seorang kawan saya juga dan dia pun tak sangka magnet tu boleh terkena mulut saya," katanya yang berasal dari Kajang, Selangor.



Syahmina (tiga, kanan) merupakan anak keempat daripada lima adik beradik.

Tambahnya, dia sekadar suka-suka berkongsi kisah tersebut di media sosial kerana mahu mengimbas kembali insiden yang tidak akan dilupakannya seumur hidup.

"Dalam masa yang sama, secara tak langsung mungkin boleh bagi semangat atau motivasi kepada mereka yang senasib.

"Apa yang boleh saya katakan, jangan terlalu 'down'. Fikir positif. Pakai gigi palsu pun tidak semestinya buat kita tak cantik. Lagipun, keadaan gigi ni masih boleh lakukan sesuatu untuk dibaiki.

"Buat masa ini saya masih mengenakan gigi palsu... bila dah cukup umur nanti, baru fikir sama ada nak buat prosedur tanam gigi atau sebagainya," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain