suria

Lepasan STPM tak sangka jadi terkenal sebab pelat, followers naik mendadak di TikTok - “Kawan tolong kalau ada menu susah nak sebut”

Khai terkenal di TikTok dengan nama Abang Pelat.

"JANGAN jadikan kekurangan diri sebagai penghalang."

Demikian kata-kata yang dipegang oleh pemuda yang lebih dikenali sebagai 'Abang Pelat' menerusi aplikasi TikTok.

Abang Pelat atau nama sebenarnya Muhammad Khairulmissa Miswany mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik video-video pengalaman lucu yang dialaminya dalam kehidupan seharian disebabkan masalah pelat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM keliru... nak jadi penyanyi macam idola Khai Bahar atau juruterbang - “Ada komen suara sengau, saya tak hiraukan”

ARTIKEL BERKAITAN: Diminta kempiskan hidung ketika baca berita, remaja broken famili tak ambil hati sebab nak cari makan... nenek pula kena potong kaki

Video-video tersebut meraih sehingga ratusan ribu jumlah tontonan dengan rata-rata netizen terhibur dengan kisah pemuda berkenaan.

Berkongsi cerita bersama mStar, Muhammad Khairulmissa atau lebih senang disapa sebagai Khai berkata, dia pada mulanya langsung tidak terfikir untuk membuat 'content' mengenai masalah pelat yang dialaminya.

"Saya sebenarnya dah berjinak-jinak dengan TikTok sejak November tahun lepas. Masa itu tak ada 'content' yang spesifik lagi... kemudian saya tengok kawan saya, mereka macam banyak bercerita dan bercakap saja.



Khai mempunyai masalah pelat huruf R dan S sejak kecil.

"Jadi, mengapa tidak saya pun cuba bercakap dan bercerita mengenai masalah pelat yang saya alami. Hanya kira-kira dua minggu lalu saya buat 'content' mengenai pelat.

"Tak sangka raih jumlah tontonan yang banyak. Followers pun naik mendadak daripada kira-kira 10,000 kepada lebih 57,000 orang," cerita pemuda berusia 20 tahun ini yang pelat sebutan 'R' dan 'S'.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malah dedah Khai, dia turut menerima banyak mesej menerusi Direct Message (DM) daripada pengikutnya yang bertanyakan tip bagaimana untuk menambahkan keyakinan diri.

"Ramai yang berkongsi cerita mereka juga ada masalah yang sama, jadi mereka bertanya macam mana nak tingkatkan keyakinan diri. Ada juga yang kata mereka terinspirasi bila tengok video saya, cuma masih ada perasaan segan.

"Saya balas mesej mereka dan katakan 'jadikan kekurangan diri sebagai kelebihan'. Pelat ni limited. Dan jangan hiraukan apa yang orang nak kata.

"Dalam pada itu, ramai juga yang bagi petua atau tip macam mana nak perbaiki masalah pelat," ceritanya yang baru tamat peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Jadikan kekurangan diri sebagai kelebihan. Pelat ni limited. Dan jangan hiraukan apa yang orang nak kata.

MUHAMMAD KHAIRULMISSA MISWANY

Bercerita lebih lanjut, anak sulung daripada lima adik beradik ini berkata, dia tidak pernah menjadi mangsa buli atau ejekan di sekolah kerana masalah tersebut.

"Cuma dengan kawan-kawan rapat, kalau melepak, mereka selalu bergurau pasal pelat. Namun saya tak ambil hati pun sebab tahu mereka sekadar bergurau.

"Kawan-kawan jugalah yang akan tolong saya kalau nak buat pesanan di kaunter restoran khususnya kalau ada menu yang susah nak sebut.



Khai merupakan anak sulung daripada lima adik beradik.

"Ada juga masanya saya berdepan dengan isu keyakinan diri tapi sampai bila kan? Kena atasi masalah tersebut," ujarnya yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan.

Dalam pada itu, Khai yang berasal dari Pasir Gudang, Johor berkata dia terharu dengan sambutan dan maklum balas positif yang diterima daripada netizen.

"Secara tak langsung, saya boleh gunakan TikTok untuk memberi mesej positif kepada yang lain agar sentiasa yakin dan menerima diri kita seadanya," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain