suria

Kecoh jenazah pesakit Covid-19 dikebumi selepas 24 jam... pengurusan Masjid Gombak Utara buat keputusan ‘bersyarat’ - “Bukan menyulitkan, tapi lebih teratur”

Foto kiri Ab Razak, nazir Masjid Gombak Utara, manakala foto kanan menunjukkan Tanah Perkuburan Jalan Sungai Pusu di Gombak Utara.

MINGGU ini hangat diperkatakan mengenai pengebumian jenazah seorang pesakit Covid-19 yang terpaksa ditangguhkan selama lebih 24 jam berikutan isu urusan pengebumian jenazah.

Dalam insiden itu, jenazah berkenaan akhirnya dikebumikan selepas Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) membuat permohonan pengebumian di enam tanah perkuburan, iaitu lima di Selangor dan satu di Kuala Lumpur.

Terdahulu, mStar melaporkan bahawa penolakan jenazah tersebut disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kuota jenazah telah penuh, jenazah luar kariah dan waktu pengurusan yang terhad.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa kata tiada masalah urus jenazah pesakit Covid-19? Alasan kuota, 'office hour' dan luar kariah KL-Selangor bukti ia berlaku... ini penjelasan pihak pengurusan

ARTIKEL BERKAITAN: Jais sedar ada kubur tolak jenazah pesakit Covid-19... beri alasan 'kuota, utamakan kariah' - "Yang mati sekarang perlu diselesaikan"

ARTIKEL BERKAITAN: Kebumi mayat ikut 'office hours', perlu patuh kuota harian... jenazah pesakit Covid-19 lewat dikebumi lebih 24 jam - "Kita rayu sana sini, kubur keenam baru terima..."

Susulan insiden yang berlaku sehingga menarik perhatian Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), pihak pengurusan Masjid Gombak Utara yang menyelia Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu di Gombak, Selangor, yang menempatkan jenazah pesakit Covid-19 berkenaan tampil memberi penjelasan lanjut.

Nazir Masjid Gombak Utara, Ab Razak Ab Majid berkata, pada dasarnya, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menguruskan mana-mana jenazah sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.

"Pihak kami tidak ada masalah untuk menerima sebarang jenazah untuk dikebumikan macam sebelum ini. Cuma kita mahu ia lebih terkawal.

"Kita tidak mahu pihak-pihak tertentu terus menghubungi penggali kubur, sebaliknya biarlah berurusan dengan pihak masjid. Penggali kubur bukanlah orang mentadbir tanah kubur.

"Jika mereka berhubung terus dengan penggali kubur, sukar untuk kita merekod kematian, mendapatkan pengesahan kematian dan sebagainya," katanya kepada mStar.



Jenazah pesakit Covid-19 yang dibawa keluar untuk urusan pengebumian. -gambar hiasan

Sehubungan itu, Ab Razak berkata, satu mesyuarat di bahagian pengurusan Masjid Gombak Utara telah diadakan dan sebulat suara menetapkan keputusan bagi kelancaran pengurusan jenazah pada masa akan datang, khususnya jenazah di luar kariah.

Tambah beliau, pendekatan itu juga bagi memastikan pengurusan jenazah dilakukan secara baik dan telus.

"Kita nak ia dilakukan melalui saluran yang betul untuk tujuan rekod kematian, maknanya jenazah itu dari mana, siapa waris dia. Kita tak nak perkara-perkara ini tidak jelas.

"Jika permohonan jenazah di luar kariah dibuat dengan pihak pengurusan masjid, tak ada masalah sebenarnya. Seperti kes jenazah pesakit Covid-19, perlu ada pengesahan daripada hospital atau arahan pihak berkuasa... hantar menerusi WhatsApp pun dah cukup bagi kami untuk menguruskannya," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sama ada waris atau badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan jenazah, mereka mesti mendapat arahan daripada pihak berkuasa sama ada pihak hospital, polis mahupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Jadi, kita telah buat keputusan sekiranya mana-mana yang tidak melalui pihak pengurusan masjid, maka kita tidak akan benarkan kebumi jenazah di Tanah Perkuburan Jalan Sungai Pusu.



Petugas memakai alat pelindung diri (PPE) ketika menguruskan jenazah pesakit Covid-19. -foto FB SPJM

Beliau bagaimanapun mengakui terdapat kebimbangan dalam kalangan ahli kariah sejak kebelakangan ini berikutan semakin banyak jenazah dari luar terutama jenazah pesakit Covid-19 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sangai Pusu.

"Biasalah tu, tapi kita kena menjalankan tanggungjawab secara profesional. Kita ada pentadbir yang lebih atas iaitu Jais dan jabatan agama islam daerah,

Jika permohonan jenazah di luar kariah dibuat dengan pihak pengurusan masjid, tak ada masalah sebenarnya. Seperti kes jenazah pesakit Covid-19, perlu pengesahan daripada hospital atau arahan pihak berkuasa

AB RAZAK

"Jika kita dah merujuk kepada pentadbir dan tak ada masalah, kenapa kita perlu halang? Dalam tempoh dua minggu ini, kita dah uruskan 12 jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu.

"Kita bukan mahu menyulitkan, tapi mahu pengurusan jenazah lebih teratur demi kebaikan bersama," katanya.



Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu di Gombak.

Terdahulu, Ketua Khairat Kematian di Masjid Gombak Utara, Hanif Hawari mengakui pada awalnya pihaknya terpaksa menolak jenazah seorang pesakit Covid-19 atas sebab di luar kariah, tetapi tidak timbul isu kuota jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan.

"Sebelum ini banyak jenazah pesakit Covid-19 dikebumikan di sini, tanpa mengira asal mereka, cuma timbul kebimbangan ahli kariah dan penduduk setempat berikutan jumlah jenazah luar semakin banyak berikutan peningkatan kes kematian Covid-19 sejak awal tahun.

"Kami minta SPJM untuk cari kubur lain dulu di Selangor sebelum kami terima jenazah berkenaan untuk dikebumikan keesokkan hari, di liang lahad yang sebelum ini ditempah oleh seorang waris jenazah kariah tetapi kemudian waris berkenaan tidak meneruskan hasratnya, mungkin jenazah dikebumikan di kubur lain," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain