suria

Diminta kempiskan hidung ketika baca berita, remaja broken famili tak ambil hati sebab nak cari makan... nenek pula kena potong kaki

Kata Faiz, dia hanya menemui segelintir sahaja komen-komen bersifat negatif di platform itu.

KERANA minat yang mendalam terhadap dunia penyiaran, remaja ini sering tampil dengan video-video sebagai pembaca berita dan wartawan menerusi TikTok.

Siapa sangka, video yang dihasilkan secara suka-suka itu akan membuka pintu rezeki buatnya sehingga semakin dikenali ramai.

Menurut Muhammad Faiz Basirun, 19, dia bersyukur apabila minatnya itu menerima sokongan ramai sehingga pernah ditawarkan menjadi pengacara majlis korporat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah puas ‘layan’ menangis dibuang kerja, pramugari terima 2 tawaran job datang serentak - “Tak sangka baca berita mengenai bekas syarikat saya bekerja”

ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan kena sondol, netizen kata “lain kali jangan halang lembu nak masuk TV”

"Kadang-kadang ada peniaga minta saya buat video reviu, reviu makanan dan jemput saya untuk jadi pengacara majlis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pernah juga buat reviu lori, mereka minta saya buat video ala-ala baca berita. Bolehlah jadi sumber pendapatan walaupun tak banyak.

"Saya pun tak famous, berapa ikhlas nak bagi, saya terima. Kalau nak ikutkan, saya memang aktif mengacara dan menyanyi sejak zaman sekolah lagi," ujarnya kepada mStar.

Kata Faiz, dia acap kali menjadi pengacara untuk majlis di sekolahnya dulu.

Mesra dispa Faiz, remaja yang menetap di Langkawi, Kedah itu mengakui dirinya juga tidak terlepas menerima komen kecaman, namun menganggap ia sebagai satu pembakar semangat buatnya.

Malah katanya, dia tak pernah ambil hati, sebaliknya memandang segala kata kritikan sebagai ruang untuk memperbaiki kelemahan diri.

Disebabkan masalah kewangan saya perlu kerja untuk sara diri.

FAIZ

"Alhamdulillah. Saya sangat terharu. Netizen bukan setakat menerima saya, malah sudi beri nasihat dan tunjuk ajar.

"Saya bukan nak populariti. Tapi melalui populariti, saya boleh cari rezeki. Kadang tu ada yang kata saya baca berita over sangat.

"Saya perasan kadang-kadang ada fake account masuk kutuk. Kata saya sumbang dan sebagainya," ujarnya.

Jelas Faiz, selain komen mengenai gaya dan intonasi percakapannya ketika membaca berita, dia turut menerima komen yang memperkatakan mengenai hidungnya.

Faiz terima segala komen dengan hati terbuka.

"Ada yang komen mengenai hidung saya. Saya memang akui hidung saya kembang sikit. Adakala kalau bercakap atau menyanyi yang memerlukan suara dalaman, automatik hidung akan kembang.

"Netizen minta kempiskan hidung. Kalau ikutkan memang sakit hati. Tapi saya gelak saja, sebab memang betul pun.

"Yang kata saya pelat 'S' dan 'R' tu, sebenarnya saya tak pelat. Cuma bila bercakap laju, jadi berterabur," ujarnya lagi.

Namun kata Faiz, dia hanya menemui segelintir sahaja komen-komen bersifat negatif di platform itu.

Disebalik video-video Faiz yang menghiburkan ramai, siapa sangka anak kedua daripada tiga beradik itu memendam banyak kisah duka.

Jelas Faiz, ibu bapanya sudah lama berpisah dan dia dibesarkan oleh neneknya.

Lebih pilu, Faiz mendedahkan dia terpaksa berhenti belajar pada tahun lalu akibat masalah yang melanda.

Antara video di TikTok remaja itu.

"Saya belajar bidang Pengurusan Maklumat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Petani. Tak sempat satu semester, saya berhenti pada hujung tahun lepas.

"Ada masalah kewangan, walaupun ada pinjaman, tetap tak cukup. Ditambah pula nenek saya kena potong kaki.

"Disebabkan masalah kewangan saya perlu kerja untuk sara diri. Sekarang saya duduk bersendirian di rumah ibu di Langkawi. Saya dah tak tinggal dengan nenek.

"Tapi rumah saya sebelah rumah nenek je. Mak dengan ayah berpisah masa saya tingkatan tiga. Mak dah kahwin lain dan kini menetap di Perlis," ujarnya.

Kata Faiz, dia kini sedang mencari kerja baharu, disamping mencari pendapatan sampingan menerusi reviu di media sosial.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain