suria

Kahwin umur 18 tahun... wanita pilih hidup susah bersama suami tak hirau dihina niaga pasar malam, berkat menabung kini tersenyum miliki kereta idaman

Pasangan itu berjaya membeli sebuah kereta mewah dua minggu lalu yang dianggap sebagai satu pencapaian bermakna buat mereka.

KEPUTUSAN wanita ini untuk mendirikan rumah tangga ketika berusia 18 tahun ternyata tidak semudah yang disangka.

Mengimbas kisah perkahwinannya pada tahun 2014, Noor Addina M. Yusof @ Nawawi, 26, mengakui turut mendapat tentangan segelintir pihak.

Namun katanya, dia dan suami, Wan Mohamad Ezzat Ameer Wan Ariffin, 29, tetap yakin dengan ketentuan takdir biarpun terpaksa hidup dalam keadaan susah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan pengantin Instafamous ‘jalan terus’, tak kisah cakap negatif kahwin muda

ARTIKEL BERKAITAN: Cuba tepis kritikan kahwin muda, ada sesuatu berlaku buat rider terus rancang kejutan buat isteri.

"Saya berkenalan dengan suami menerusi Facebook. Kami berdua dari Kelantan. Saya di Tanah Merah, suami pula orang Pasir Mas.

"Pada waktu itu saya sedang melanjutkan pengajian di Kota Bharu. Saya belajar enam bulan, kemudian berhenti sebab nak kahwin.

"Masa tu ada orang cakap kami tiada masa depan. Sebab suami pun kerja sendiri je. Kami bukan orang berada.

"Tapi saya pilih untuk hidup susah dengan suami," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Dyna, dia dan suami dikurniakan cahaya mata pertama selepas setahun berkahwin, memaksa mereka bekerja lebih keras untuk menampung kehidupan.

Kata Dyna, usahanya berniaga pasar malam turut mendapat kritikan segelintir individu, namun dia tak pernah sesekali berkecil hati dengan apa yang berlaku.

"Alhamdulillah. Sekarang kami ada dua orang anak, umur tujuh dan dua tahun. Anak pertama lahir selepas setahun kami kahwin.

Bermula dengan motor, kemudian kereta Wira, sekarang dapat beli Mercedes.

DYNA

"Jadi masa tu kami kena usaha lebih, saya tak nak anak hidup susah. Kami berniaga pasar malam. Kami jual baju, jual kuih, jual selipar dan macam-macam lagi.

"Saya terpaksa kuat demi anak. Orang kata kepada saya, berapa sen je untung berniaga pasar malam? Tapi saya ambil sebagai pembakar semangat.

"Masa tu kami naik motor je. Kemudian pada tahun 2016 kami beli kereta Proton Wira," imbasnya lagi.

dyna2

Dyna berkahwin pada usia 18 tahun.

Selain berniaga pasar malam, Dyna turut berniaga produk kosmetik selama lima tahun sehinggalah dia berjaya mengeluarkan produk jamu moden jenama sendiri yang dilancarkan Isnin lalu.

Lebih manis, Dyna dan suami berjaya membeli sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz sekitar dua minggu lalu yang dianggap sebagai satu pencapaian bermakna buat mereka.

"Saya berniaga produk orang selama lima tahun. Ambil masa yang lama untuk senang. Dengan duit itu dan duit pasar malam, kami menabung.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bermula dengan motor, kemudian kereta Wira, sekarang dapat beli Mercedes. Orang kata saya berniaga tak nampak hasil.

dyna3

Dyna dan suami pernah hidup susah sebelum mengecapi kesenangan hari ini.

"Sekarang Allah beri rezeki kepada kami," ujarnya yang memasang impian untuk mengedarkan produknya ke serata Malaysia.

Kisah perjalanan hidup Dyna dan suami turut dikongsi dalam bingkisan video di TikTok sehingga ia tular dan meriah perhatian ramai.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain