suria

Kejutan 'sejambak' rambutan... kata-kata nenek sambut hari lahir ke-72 sendirian buat ramai tersentuh, tiap hari menangis rindukan anak cucu

Zainab tidak dapat menahan air matanya apabila menerima kiriman istimewa daripada insan yang tersayang.

JAUH di mata, dekat di hati.

Demikian peribahasa yang boleh digambarkan terhadap satu video tular seorang wanita menerima kiriman 'sejambak' buah rambutan pada hari lahirnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terjejas sejak PKP, jurugambar jual barang kesayangan demi sambut kelahiran ahli keluarga baharu... tak boleh rentas negeri punca urus niaga lambat

ARTIKEL BERKAITAN: Demi pengantin, jurugambar lebih ‘sayangkan’ kamera sebelum minta diselamatkan - “Tak sangka tanah jadi lembut”

Tetapi apa yang membuatkan rakaman video itu tular sebenarnya ialah reaksi wanita itu apabila menerima pesanan tersebut yang menyayat hati netizen.

Mana tidaknya, seorang ibu yang tinggal bersendirian itu terpaksa menyambut hari lahirnya sendirian tanpa kehadiran anak-anak disisinya.

Tentu sekali saat itu begitu sayu terutama mengenangkan sebelum ini hari lahirnya sentiasa di sambut meriah bersama anak cucunya.

"Dah setahun lebih, tak ada yang balik... rindu, hari-hari air mata meleleh," demikian luahan hati Siti Zainab Ismail yang dipanggil Wan itu.

Video yang dimuat naik oleh Diyanna Nasir,34, yang merupakan penghantar hadiah istimewa tersebut meraih hampir 30,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Najmyaiman Yushaikal,21, memberitahu bahawa wanita di dalam video tersebut ialah neneknya yang berusia 72 tahun dan kali ini meraikan hari lahirnya sendirian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menceritakan lebih lanjut, kata Najmyaiman, dia sudah hampir setahun tidak dapat berjumpa dengan neneknya yang menetap di Kampung Jelai 4, Gemencheh, Negeri Sembilan.

"Hampir setahun juga saya tak jumpa nenek, kali terakhir adalah sewaktu atuk meninggal pada September tahun 2020.

"Sejak itu, nenek tinggal seorang diri di kampung. Sebak jugalah bila tengok nenek bagi ucapan tu, tak sangka dia sedih macam tu sekali.

fewf

Najmyaiman tidak pernah melihat neneknya begitu sedih.

"Sebab saya sendiri tak pernah lihat dia sedih walaupun dijaga olehnya sejak kecil lagi," ujarnya kepada mStar.

Kata Najmyaiman, selalunya dia dan ahli keluarga yang lain akan pulang ke kampung untuk meraikakan hari kelahiran neneknya beramai-ramai.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, mereka sekeluarga membuat kejutan dengan menghantar buah rambutan yang digubah umpama sejambak bunga dengan harapan dapat menggembirakan Zainab pada hari jadinya.

Ia juga kelihatan unik dan berbeza kerana pada kebiasaannya guabahan tersebut dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis bunga.

"Saya pilih nak buat bouquet rambutan sebab ia bukan benda yang biasa orang buat dan nampak lebih unik. Lagipun sekarang ni tengah musim rambutan, jadi lagi senang nak dapatkan buah itu.

"Kami sekeluarga buat surprise dengan harapan sedikit sebanyak dapat menceriakan nenek pada hari jadinya.

Kami semua terkejut apabila melihat tiba-tiba nenek pandai berenang

NAJMYAIMAN YUSHAIKAL

"Sebab dengan keadaan yang tak mengizinkan sekarang ni, kami sekeluarga tak dapat raikannya bersama-sama," katanya yang bekerja di sebuah kilang yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan.

Najmyaiman turut berkongsi kenangan manis bersama neneknya yang buat dia tertawa sehingga ke hari ini.

snfjsd

Kali terakhir mereka sekeluarga pulang ke kampung ialah pada September 2020.

Kejadian itu berlaku sewaktu dia mandi di air terjun bersama-sama dengan keluarganya di kampung.

"Saya teringat waktu sekolah rendah dulu pernah mandi air terjun dengan saudara-mara di kampung dan masa tu arwah atuk ada lagi.

"Kami semua terkejut apabila melihat tiba-tiba nenek pandai berenang, rasa geli hati bila bila teringat balik," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain