suria

Anak arwah Aziz Desa buka bisnes donat... walau laku keras masih nak guna cara lama, tak mahu bantuan mesin!

Zhaeim ada perancangan untuk menyambung pelajaran tapi belum membuat keputusan memandangkan pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

SELEPAS mengharungi lapan semester penuh suka-duka, Zhaeim Aziz yang juga anak kepada Allahyarham Aziz Desa akhirnya menamatkan pengajian pada Ahad lalu.

Menurut pemilik nama Mas Zhaeim Zhiddin itu, dia lega apabila kini bergelar graduan dalam bidang Bakeri dan Pastri di peringkat diploma menerusi pengajiannya di Kolej Vokasional Langkawi, Kedah.

Mesra disapa Zhaeim, anak kepada ikon penyiaran terkenal itu menzahirkan rasa syukur dan kini dalam perancangan untuk meneroka peluang-peluang baharu dalam menjana pendapatan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak arwah Aziz Desa berhenti fikir pasal kahwin, mengaku beli motor besar sebab putus cinta

ARTIKEL BERKAITAN: Anak arwah Aziz Desa takut kehilangan ibu, mahu buktikan mampu jadi cef

"Sebelum ini sewaktu tunggu graduasi, saya ada bekerja di sebuah kafe. Kemudiannya saya memulakan perniagaan donat sendiri.

"Tapi mungkin akan diperlahankan sikit perniagaan donat sepanjang bulan puasa. Jika ada permintaan, saya terima.

"Ia baru dimulakan bulan lepas, tapi saya dah jual hampir 1,000 donut setakat ini," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Zhaeim merupakan lepasan diploma bidang bidang Bakeri dan Pastri di Kolej Vokasional Langkawi, Kedah.

Menurut Zhaeim, donat aneka perisa itu dihasilkan sendiri olehnya dan dia enggan menggunakan bantuan mesin.

"Saya jual di sekitar Langkawi, ada juga orang dari luar tanya. Tapi takut rosak kalau nak pos untuk dihantar.

"Saya buat donat pakai tangan je, tak guna mesin. Sebab saya nak belajar dan bermula dari bawah. 100 peratus hasil tangan sendiri.

Saya masih ingat kali pertama pergi tarawih dengan arwah ayah dulu.

ZHAEIM

"Ada yang cadangkan supaya guna mesin, tapi saya nak guna tangan dulu. InsyaAllah lepas ni akan upgrade produk-produk lain pula.

"Kalau ada rezeki, saya juga nak buka kedai bakeri sendiri," ujarnya.

Selain untuk jualan, Zhaiem turut meluahkan hasrat bersedekah hidangan itu kepada masjid-masjid di sekitar Langkawi.

Aneka donat yang dihasilkan Zhaeim.

"Sekarang niat setiap malam Jumaat, nak buat donat dan letak di masjid.

"Ini merupakan idea sendiri. Saya terfikir untuk buat begitu, seminggu sekali dalam 30 ke 50 biji donut," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, video Zhaeim sewaktu di pentas graduasi tular di media sosial apabila ia disunting semula dengan suara latar oleh adiknya.

Video dengan dialog suara latar berjenaka itu sehingga kini meraih hampir setengah juta tontonan.

Zhaeim terimbas segala kenangan manis bulan Ramadan bersama arwah bapanya.

Ujarnya lagi, dia ada perancangan untuk menyambung pelajaran tapi belum membuat keputusan memandangkan pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

Dalam pada itu, Zhaeim turut meluahkan rasa rindu apabila menjalani ibadah puasa tanpa bapanya yang meninggal dunia pada tahun 2015.

"Saya masih ingat kali pertama pergi tarawih dengan arwah ayah dulu. Ayah ajar satu persatu cara untuk solat tarawih.

"Ingat kenangan berbuka dan bersahur bersama. Ayah suka buat lawak, tapi sekarang dah tak ada macam tu.

"Saya cuma nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua dan jangan lupa solat tarawih," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain