suria

Jadi pemandu Grab hanya sebab nak ‘kejar solat jemaah’, lelaki terkejut hidup alami perubahan menakjubkan selepas berhenti kerja makan gaji!

Lelaki ini memilih untuk berhenti kerja makan gaji dan menjadi pemandu Grab semata-mata mahu menunaikan solat berjemaah setiap waktu. Gambar hiasan.

ADA yang kaya raya namun tidak dikurniakan keluarga yang bahagia, ada yang tidak berpelajaran tinggi namun rezekinya cukup untuk membahagiakan keluarga.

Pendek kata, rezeki setiap manusia tidak sama.

Begitu juga kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor yang bertemu dengan seorang pemandu sebuah syarikat e-hailing, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencuci kereta dari India tak pernah lewat pergi solat Jumaat, kecuali pada ‘Jumaat terakhirnya’ - “Allah gerakkan hati rakan untuk ke bilik”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda belajar sesuatu daripada penjual nasi lemak selepas lalu kawasan perkuburan jam 5 pagi - “Selalu saya sanggup guna jalan jauh”

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Dr Redza Zainol berkata ketika itu dia menggunakan perkhidmatan Grab untuk pulang ke rumah selepas waktu kerjanya.

"Mulanya niat nak fokus siapkan kerja, tapi bila pemandu Grab cakap macam ni terus saya angkat kepala dan letak handphone ke tepi. 'Saya ni tak pandai sangat tuan. Sekolah sampai SPM. Dapat pangkat 4. Itu yang rezeki saya takat bawa Grab'.

"Saya pula memang jenis yang tak boleh tahan bila orang cakap gini. Laju je saya balas, rezeki Allah ni tak kira kita belajar tinggi-tinggi ke tak.

"Terus saya cerita pasal kawan saya yang belajar biasa-biasa tapi pandai melukis. Dengan izin Allah, rezeki dia melimpah ruah," kongsi Dr Redza.

Menurutnya, pemandu Grab dalam lingkungan usia 50-an itu kemudian menyambung cerita dan mendedahkan kisah dirinya yang memilih pekerjaan tersebut.



Lelaki tersebut sanggup berhenti kerja sebagai pembuat murtabak dan memilih menjadi pemandu Grab kerana mahu solat berjemaah setiap waktu. Gambar hiasan

Menerusi penceritaan pemandu berkenaan, dia sebelum ini bekerja sebagai penjual murtabak selama bertahun-tahun lamanya.

"Memang dapat solat tapi jarang betul dapat solat jemaah. Saya rindu sangat nak solat jemaah. Sampai satu hari tu saya jumpa bos dan minta berhenti kerja.

"Mula-mula isteri saya tak setuju la. Dia kata dah elok kerja kat kedai, tiba-tiba nak bawa teksi. Tapi saya cakap kat dia niat saya sebab nak solat jemaah. Saya ni bawa Grab sebab dah lama tak solat jemaah.

"Dah tiga tahun saya bawa Grab, belum pernah saya tinggal solat jemaah. Subuh sampai ke Isyak setiap hari. Saya sampai masjid awal, lepas habis solat saya zikir. Lepas tu sambung bawa Grab sampai pukul 10 malam," demikian tulis Dr Redza mengimbas kembali perbualannya dengan pemandu Grab tersebut.

Saya tak tahu rezeki datang dari mana, saya dapat beli satu lagi rumah dan saya tukar jadi homestay. Sekarang ni, orang kata duit tu sentiasa ada la.

PEMANDU GRAB

Tambah lelaki itu lagi, dia begitu bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya walaupun hanya bekerja sebagai pemandu Grab, sehinggakan mampu membeli sebuah lagi rumah.

"Saya tak tahu rezeki datang dari mana, saya dapat beli satu lagi rumah dan saya tukar jadi homestay. Sekarang ni, orang kata duit tu sentiasa ada la. Anak pun dah besar. Saya pun dah 50 tahun.

"Kalau isteri nak ajak saya kemana-mana, saya terus je cuti. Senang. Tak ada apa nak dikejar dah. Yang nak dikejar cuma tinggal satu je. Saya nak kejar solat jemaah," cerita lelaki itu tadi.



Dr Redza sering membuat perkongsian mengenai hal keibubapaan dan juga isu semasa di Facebook.

Menurut Dr Redza, hatinya begitu terjentik sebaik mendengar kisah pemandu Grab tersebut malah lagum dengan lelaki berkenaan yang mengutamakan amal ibadah berbanding hal-hal lain.

"Rasa nak berjurai air mata ni. Allah, terasa kerdil betul diri ni.

"Entah ada ke rezeki yang lebih besar dari dapat mengadap Pencipta kita di awal waktu setiap hari. Rezeki dapat sujud dengan tenang.

"Saya pun tak tahu. Yang saya tahu, jumpa orang yang baik-baik macam semalam pun dikira rezeki besar untuk saya. Saya belajar sesuatu. Terima kasih ya Allah," tulisnya lagi.

Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga 2,700 shares di Facebook.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain