suria

Peniaga bazar saiz 8XL pernah gagal misi turun berat badan, kini bersaiz 5XL selepas berjaya kesan ‘kesilapan’ dan bersabar

Hafiz (kiri) menjadi perhatian menerusi video senaman angkat berat di gim.

LUAR biasa! Begitulah semangat yang cuba ditunjukkan oleh seorang pemuda bersaiz besar yang mahu menguruskan badan.



Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, pemuda itu melakukan senaman dengan mengangkat berat di gim, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan lelaki sado.



Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan dan semangat kepada pemuda tersebut dalam misinya untuk mengurangkan berat badan.



ARTIKEL BERKAITAN: Gemuk, kurus dan kini sado! Lelaki buat transformasi 'Bang Jago' dedah kisah isteri menangis ketika urut kakinya



ARTIKEL BERKAITAN: Niat asal nak kurus sebab dikutuk 'tak ada leher', tapi dapat 'bonus' badan berotot - "Six pack tu ori, bukan pakai filter"



Pemuda berkenaan, Amirul Hafiz Aminuddin memberitahu, berat badannya pernah mencecah 195 kilogram (kg) pada 2018.





Hafiz banyak menghabiskan masa di gim.



Anak muda berusia 26 tahun itu berkata, dia sebelum ini pernah cuba untuk mengurangkan berat badan selepas merasakan badannya sering sakit tetapi usahanya tidak berjaya kerana ia tidak dilakukan secara serius.



"Ketika itu saya bukan saja masih kuat makan, tetapi terus dengan tabiat merokok. Satu kotak rokok saya boleh habiskan, sampai dua kotak dalam sehari pun pernah sebelum ini.



"Usaha saya tak selari dengan misi nak kuruskan badan. Saya mula ambil perhatian secara serius selepas dimasukkan ke hospital pada 2019," katanya kepada mstar.





Turut melakukan aktiviti senaman di rumah.



Lebih mesra disapa Hafiz, dia bagaimanapun tidak mengharapkan perubahan drastik pada dirinya, cukuplah sekadar ada perkembangan yang positif.



"Perjalanan masih panjang. Nak kuruskan badan ni bukan boleh buat dalam sehari dua. Yang penting ada perkembangan positif kerana lain orang, lain badan dan kesannya.



"Saya bermula dengan menjaga pemakanan, kira kalori berbanding dulu saya 'bantai' je makan sampai terlebih kenyang," ujarnya yang berasal dari Bangi, Selangor.



Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia juga mengutamakan sumber protein apabila rajin berkunjung ke gim dengan melakukan aktiviti angkat berat.





Tidak lupa melakukan aktiviti kardio selain angkat berat.



Namun, jangan salah sangka kerana pemuda ini bukan mahu mengubahkan bentuk badannya menjadi lebih sasa seperti ahli bina badan.



"Saya pergi ke gim enam hari seminggu. Saya masih membuat senaman untuk membakar lemak seperti kardio dan berlari di atas treadmill. Saya mengangkat berat untuk kekal fit.





Nak kuruskan badan ni bukan boleh buat dalam sehari dua. Yang penting ada perkembangan positif



AMIRUL HAFIZ AMINUDDIN





"Badan besar seperti saya bukan sahaja perlu dikecilkan, tetapi juga perlu ketahanan dan kekuatan dari segi fizikal seperti orang lain," ujarnya yang juga mengamalkan brisk walk (berjalan laju).



Mahu terus mengekalkan momentum, maka tidak hairanlah Hafiz kerap memuat naik video kompilasi senamannya di TikTok meskipun ia rakaman yang 'diulang tayang'.





Hafiz bersemangat bersenam di gim.



Malah, peniaga bazar itu juga nekad berhenti merokok sejak Ogos tahun lalu bagi mengamalkan gaya hidup lebih sihat.



"Bukan semua orang akan nampak video yang saya kongsi sebelum ini, jadi apa salahnya saya muat naik semula video untuk memberi motivasi kepada diri sendiri dan orang lain yang senasib dengan saya.



"Jika dulu berat saya 195kg, sekarang dah turun kepada 167kg. Dari baju kena tempah saiz 8XL sekarang dah boleh pakai 5XL. Biar transformasi perlahan, tapi ada kemajuan," katanya.









Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain