suria

Dugaan hantar order untuk ‘manusia paling sibuk kat Malaysia’, rider titip pesanan kepada staf hospital batal order selepas sejam kena ‘bersidai’

Seorang penghantar makanan berkongsi pengalaman menghantar pesanan ke sebuah hospital. foto FB Mohd Izz Aizudin Aizudin / Penang Kini

RAGAM pelanggan yang tidak berhati perut sememangnya menguji kesabaran seorang penghantar makanan yang bekerja demi mencari rezeki.

Walaupun berdepan dengan dugaan yang mungkin menyakitkan, tetapi sejauh manakah kesabaran seseorang itu dalam mengatasi ujian yang menimpa?

Seorang penghantar makanan meluahkan rasa sakit hati selepas ditugaskan menghantar makanan kepada seorang pelanggan, dipercayai bertugas di sebuah hospital di Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN: Order banyak, kemudian 'ghaib'! Rider bergegas hantar makanan terdiam tengok harga lebih RM100 - "Saya dipertemukan dengan orang yang memerlukan"

ARTIKEL BERKAITAN: Rider basah kuyup luar rumah pelanggan, ramai 'panas hati' sampai ada yang menangis - "Dah order tu standby lah siap-siap!"

"Hari ni aku nak meluah rasa sebab dah sakit hati sangat dah. Tadi dalam pukul 7.15 pagi, aku dapat double order (dua pesanan) kat medan selera. Cergas aku gerak, lima minit dah sampai.

"Tapi macam biasa kena 'sidai' (menunggu) 20 minit. Dah siap tekan 'pickup' tengok kena hantar ke hospital. Aku dah susah hati sebab reputasi depa (mereka) sebagai orang yang tersibuk kat Malaysia sampai tak sempat nak alert pada order yang depa buat. Tawakal je lah kan," tulis seorang pemuda menerusi Facebook bernama Mohd Izz Aizudin Aizudin.



Menunggu pelanggan untuk menyerahkan pesanan. -gambar hiasan / foto FB Mohd Izz Aizudin Aizudin

Susulan itu, penghantar makanan tersebut telah menghantar mesej kepada pelanggan berkenaan sebelum memulakan perjalanan ke lokasi penghantaran di hospital.

"Lima minit dah sampai. Mana ada rider tak laju. Semua nak ligan (kejar) trip. Tambah-tambah hari ni order perlahan.

"Bila aku buka mesej, tengok tak dibaca (pelanggan) pun. Biasalah kat sini memang tempat paling sibuk kan. Jadi aku call sekali, dua kali, tiga kali tetapi tak berjawab," ujarnya.

Menurut penghantar makanan itu, masanya terbuang selama 15 minit tanpa sebarang berita daripada pelanggan yang membuat pesanan.

"Apa lagi nak buat, aku proceed cancel je lah order tu. Dalam tunggu cancel order yang ambil masa 15 hingga 20 minit, mesej masuk.

"Pelanggan kedua dah bising tanya makanan dia, (katanya) dah lambat tak sampai lagi, anak-anak dia dah lapar. Sedangkan aku tak boleh drop lagi makanan manusia paling sibuk kat Malaysia ni. Jenuh aku nak faham kan," katanya yang merujuk kepada petugas hospital itu.



Luahan seorang penghantar makanan.

Sementara menunggu pesanan dibatalkan, katanya, pelanggan di hospital tersebut menghubunginya secara tiba-tiba.

"Dah sampai eh? Cik! Saya dah lama sampai. Okay okay sekejap saya turun. Aku tengok jam telefon, dah 8.10 pagi. Maknanya dah 55 minit berlalu aku tak dapat selesaikan satu order pun lagi.

"Tunggu lagi lima minit, tak sampai-sampai juga. Tiba-tiba notifikasi masuk 'delivered canceled'. Aku nak tunggu apa lagi, order dah batal, bayaran tak dapat," katanya.

Kepada cik/puan A, makanan yang awak ambil tu percuma ya. Saya sedekahkan. Harap-harap lepas ni awak dan staf-staf lain dapat permudahkan urusan kami para rider cari rezeki

PENGHANTAR MAKANAN

Penghantar makanan itu kemudian bangun dan mengambil makanan yang ditempah pelanggan terbabit dan menyerahkannya kepada pengawal keselamatan di pintu masuk.

"Aku beritahu kalau ada staf datang cari, nanti bagi je lah. Saya sedekah kat dia. Sebab bila dah batal (pesanan), makanan jadi hak rider sebab bayaran dah kena potong," katanya yang bergegas ke lokasi seterusnya untuk menghantar pesanan kepada pelanggan kedua.



Pesanan penghantar makanan kepada pelanggan tersebut.

Dengan luahan penuh kesal, dia menyampaikan mesej yang 'mendalam' khusus buat pelanggan yang tidak muncul-muncul itu.

"Kepada cik/puan A, makanan yang awak ambil tu percuma ya. Saya sedekahkan. Harap-harap lepas ni awak dan staf-staf lain dapat permudahkan urusan kami para rider cari rezeki.

"Kami tak ada (gaji) basic, tak ada elaun, tak ada OT (kerja lebih masa). Yang ada cuma trip atau jam. Bagi kalian mungkin nampak remeh, tapi bagi kami setiap minit amat berharga," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain