suria

Suami bengang dengan adik-beradik isteri... datang rumah berlenggang, balik tinggalkan ‘kerja’ - “Tak kesian ke dekat kami?”

Lelaki ini kasihan mendengar isterinya mengadu kepenatan dek melayan karenah adik beradik sendiri yang pemalas. Gambar hiasan

BAK kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Ia bermaksud apabila berada di tempat orang atau negara orang, kita harus ikut adab atau aturan tempat baharu itu.

Apatah lagi jika kita merupakan tetamu, sewajarnya kita menjaga adab dan perilaku sebagai menghormati tuan rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak murung jadi ‘hamba’ kepada 3 adik lelaki malas bekerja, tidur sepanjang hari - “Ayah terbiasa biar mak buat kerja rumah, suami dilayan ibarat raja”

ARTIKEL BERKAITAN: Kakakku rela ‘digigit biawak’! Adik dedah abang ipar malas teruk, setahun goyang kaki rumah mentua... tolak offer kerja - “Mak ayah aku pelik kenapa lama sangat cuti”

Namun masih ada individu yang tidak mempunyai 'common sense' sebagai tetamu, sebagaimana luahan yang dikongsikan seorang pelayar ini.

Menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT), pelayar ini berkongsi kisah mengenai adik beradik ipar yang mempunyai perangai buruk apabila berkunjung ke rumahnya.

"Mentua saya tinggal dengan saya. Alhamdulilah kami OK saja bahagia, ada masalah-masalah kecil kami terus bincang elok-elok.

"Cuma ada satu perkara. Adik beradik isteri saya selalu datang rumah kami untuk melawat mak, biasanya bermalam satu atau dua hari. Saya tak kisah pun mereka datang tidur beberapa hari.



Lelaki ini bengang apabila adik beradik iparnya langsung tidak pandai mengemas semula selepas bertandang ke rumahnya. -Gambar hiasan

"Yang saya kisah, mereka tak jaga kebersihan. Kalau dah balik, tempat tidur tinggal macam tu saja. Kalau lipat toto, macam tak lipat dan letak di tempat yang disediakan," luahnya.

Apa yang lebih membuatkan pelayar ini bengang, adik beradik iparnya hanya tahu goyang kaki dan tidak langsung menjenguk ke dapur untuk membantu isterinya memasak.

"Sibuk main handphone... pinggan cawan memang tak la nak basuh. Lepas minum cawan tak basuh, nak minum ambil cawan lagi. Bersusun... saya kesian dengan wife, dia selalu mengadu penat melayan adik beradiknya sendiri. Mereka ni tak ada rasa kesian ke dekat kami?" tulisnya lagi.

Kalau dah balik, tempat tidur tinggal macam tu saja. Kalau lipat toto, macam tak lipat dan letak di tempat yang disediakan.

PELAYAR FACEBOOK

Memandangkan sikap lepas tangan tersebut, pelayar ini dan isterinya terpaksa bergotong royong membersihkan kembali rumah mereka selepas kepulangan adik beradik iparnya.

"Kesian dekat tuan rumah. Kami ni tak nak bising-bising, nanti merajuk. Dan kalau datang rumah melawat mak, bawalah buah tangan... ini datang berlenggang. Balik tinggalkan pula kerja untuk kami.

"Aduhai, korang dah besar tapi perangai tak matang langsung. Harap yang baca ni dapat berubah," tulisnya lagi.

Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga hampir 150 shares di Facebook.



Antara komen dan cadangan netizen terhadap perkongsian lelaki berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan dan mengesyorkan agar pelayar tersebut menegur sikap ipar duainya agar kejadian sama tidak berulang.

"Nak tamatkan situasi makan hati ni senang se... suruh isteri sound. Kalau tak 'jalan', awak pula sound.

"Kena tegas. Kalau tak faham bahasa ni memang susah nak cakap.

"Cadangan, beli stok pinggan mangkuk pakai buang. Tuan rumah pun pakai sekali kalau mereka datang. Lepas mereka balik, pakai pinggan mangkuk biasa," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain