suria

Niat baik peguam nak belanja kawan terbantut, cashier kafe mahal silap tekan order tapi salahkan pelanggan - “Bukan nak kecoh, ini berkenaan adab”

Nor Zabetha meluahkan rasa kesal dengan layanan seorang staf di sebuah kafe terkenal. Gambar hiasan

JIKA ditelusuri di media sosial, pasti anda pernah terbaca mengenai perkongsian netizen yang berdepan pengalaman mendapat layanan buruk ketika berkunjung ke mana-mana premis perniagaan.

Pengalaman yang sama turut dirasai oleh seorang peguam ketika berkunjung ke sebuah kafe yang terletak di dalam sebuah pusat beli belah baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, peguam Nor Zabetha berkata ketika itu dia berhasrat untuk membelanja dua rakannya menikmati makanan di kafe yang terkenal dengan 'salted egg pastry'.

ARTIKEL BERKAITAN: Layan pelanggan nak beli jam pintar acuh tak acuh, staf dapat ‘balasan’ kena buat kerja lebih... kira selonggok wang kertas RM1

ARTIKEL BERKAITAN: “Selalu terjadi, ramai pelanggan tak faham bahasa” - Tak dapat pegang pencucuk oden, pelanggan maki staf

"Setibanya kami di sana tempat penuh. Waktu kami mencari tempat duduk, pengurus cafe maklumkan kedai penuh.

"Saya memang sudah janji hendak belanja, jadi selepas 30 minit kami datang kembali ke cafe. Dia maklumkan, satu meja hanya dua orang. Meja jangan sambung.

"Dia minta kami tunggu sebentar untuk kemas meja. Kami tunggu, dia pesan hingga tiga empat kali, meja jangan sambung! Bukanlah kami tidak faham, sudah dewasa kami semua. Cukup faham.

"Kami duduk, kemudian kami berikan QR Code menu online untuk pesanan. Kami buka menu, semuanya sold out. Habis semua sold out dalam menu tetapi atas kaunter penuh segala pastri, saya minta PA saya belikan terus pastri di kaunter dan kami melayari menu lain melalui QR," tulisnya.



Sebahagian daripada perkongsian Nor Zabetha di Facebook mengenai insiden yang berlaku beberapa hari lalu.

Tidak lama kemudian, rakannya yang selesai membuat pesanan di kaunter datang kembali ke meja dan memaklumkan harga untuk tiga jenis item iaitu satu donut dan dua cronut berharga melebihi RM100, sekal igus membuatkannya terperanjat.

"Kata orang di kaunter, ini harga keseluruhan termasuk dalam QR Code yang kami order. Kami langsung tidak pesan lagi. Rupa-rupanya dia tekan harga order meja sebelah. Kata PA saya, budak kaunter itu memang kasar.

"Saya tiada sana waktu itu. Kalau saya, belum tentu boleh sabar. Kami panggil dia berkenaan order RM106.70. Saya rasa dia sudah salah tekan. Dia datang, dengan muka tertekan dan stress.

"Dia kata pada PA saya 'Sebab itulah saya minta akak confirmkan tadi sebelum bayar', suaranya agak tinggi. Mukanya ketat. Pelayan itu geleng kepala sambil menjeling dan mengarahkan PA saya membontotinya ke kaunter," kongsinya mengimbas kembali insiden tersebut.

Kita bukan minta dilayan seperti raja tetapi hanya budi bicara dan hormat.

NOR ZABETHA

PEGUAM

Melihat situasi tersebut serta merta membuatkan dirinya hilang sabar kerana merasakan layanan yang diberikan agak keterlaluan.

Peguam itu lantas pergi ke kaunter bersama-sama dengan rakannya dan berhasrat memberi sedikit teguran atas layanan biadab pelayan tersebut.

"Saya pergi ke kaunter, saya jumpa pengurus. Kata sahabat saya Nadia, batalkan sahaja semuanya. Keterlaluan dan melampau. Saya kata 'I do understand if you are stressful. I am also stressed at times! But you need to respect people. I thought this place is supposed to be very high end. The way you treat people. You people are so rude".



Nor Zabetha sering membuat perkongsian di Facebook mengenai hal perundangan dan isu semasa.

"Sambil saya bercakap tiada permohonan maaf daripada pelayan tersebut. Pengurusnya hanya kata 'We are sorry puan'. Terus dia segerakan hendak pulangkan semua duit kami.

"Bukan saya hendak create scene tapi ini berkenaan adab. Budak ini usianya kurang daripada 25 tahun saya rasa. Kita bukan minta dilayan seperti raja tetapi hanya budi bicara dan hormat," tulisnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain