suria

Layan pelanggan nak beli jam pintar acuh tak acuh, staf dapat ‘balasan’ kena buat kerja lebih... kira selonggok wang kertas RM1

Video yang tular menunjukkan seorang pekerja wanita di sebuah kedai gajet mengira kepingan wang kertas RM1.

GARA-gara pekerja di sebuah kedai gajet memberikan layanan kurang baik, seorang pemuda nekad membeli seutas jam pintar berharga lebih RM1,000 menggunakan wang kertas RM1.

Video berdurasi 10 saat yang tular di media sosial, menunjukkan tiga kakitangan di sebuah kedai sedang mengira begitu banyak kepingan wang kertas RM1 di kaunter.

Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Muhammad Hafiz Jusoh berkata, kejadian berlaku di sebuah kedai gajet di Kuala Terengganu, Terengganu pada 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: Hotel horror! Dah 10 malam bilik belum kemas, berlambak sisa makanan, rambut... cadar pun kena pasang sendiri – "Check out awal, caj RM1,000 tak dikembalikan"

ARTIKEL BERKAITAN: "Mereka panggil staf kami anjing, pencacai najis" - Doktor dedah sikap grup 'turun dari kayangan', ada petugas terpaksa berundur mengalah

Pemuda berusia 27 tahun itu bagaimanapun menjelaskan bahawa video tersebut hanya dikongsikan di laman sosial pada Isnin bagi memberi respons kepada keluhan seorang pengguna Twitter mengenai sikap biadab kakitangan di sebuah kedai gajet jenama terkenal.



Selain pekerja wanita berkenaan, seorang rakan setugas dan pengurus juag mengira wang kertas RM1.

"Masa tu saya memang berhajat nak beli jam pintar tu sebab dah lama tengok. Jadi, saya datang ke kedai tu dan ada seorang jurujual wanita yang layan saya acuh tak acuh.

"Sedangkan ketika itu hanya saya dan seorang rakan pelanggan di kedai tu. Dia tak approach saya sehingga terpaksa tanya dia pasal jam tu," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Muhammad Hafiz yang berasal dari Kuala Terengganu kesal dengan respons yang diberikan oleh pekerja wanita berkenaan.

"Saya cuma tanya dia apa fungsi. Dia boleh cakap suruh saya tengok sendiri pada pelekat mengenai produk tu pada paparan display.

"Sudahlah dia pandang saya semacam. Jeling-jeling dengan muka dia macam tak ada mood.

"Takkan hanya kerana saya nampak selekeh sebab pakai kemeja-T bersaiz lebih besar sedikit, berseluar sukan (track suit) dan selipar, saya dilayan buruk," soalnya.



Perkongsian video yang dimuatnaik Muhammad Hafiz meraih perhatian ramai.

Dia bagaimanapun akur untuk membeli jam pintar idamannya, di kedai berkenaan yang merupakan penjual berdaftar (authorised seller).

"Masa tu authorised seller terdekat adalah di Kemaman (Terengganu) yang jaraknya lebih 70 kilometer. Jadi, saya tak ada pilihan dan terpaksa beli juga di kedai tu.

"Masa nak keluarkan kad kredit dari dompet untuk buat bayaran di kaunter, rakan saya tegur kenapa tidak saya gunakan duit jualan di kedai makan saya untuk buat bayaran. Biar mereka kira satu-satu," katanya.

Kalau pelanggan baharu pun, pekerja tak patut layan saya buruk macam tu.Jangan nilai pelanggan dari segi pakaian mereka.

MUHAMMAD HAFIZ JUSOH

Muhammad Hafiz menjelaskan ketika itu dia secara kebetulan membawa beg yang mengandungi hasil jualan di restoran yang diusahakannya bersama kakak, berjumlah lebih RM2,000 yang terdiri daripada wang kertas RM1, RM5 dan RM10.

“Kebanyakannya wang kertas RM1. Saya bagi semua untuk jurujual yang sombong tu kira. Dia tak cakap apa-apa tapi panggil pengurus dan seorang lagi rakan setugas untuk mengira.

“Saya pun tak kira jumlah lebih sebahagian yang saya bagi dan mereka ambil masa kira-kira setengah jam mengira bayaran jam pintar berharga RM1,400. Kemudian mereka kata tak cukup RM50 sebelum saya berikan lima keping wang kertas RM10, ” tambahnya.



Muhammad Hafiz bersama kakaknya mengusahakan tiga premis makanan.



Menurut Muhammad Hafiz, selain mengusahakan restoran, dia dan kakaknya turut menjalankan operasi di dua lagi premis makanan iaitu kafe dan kantin sekolah.

“Saya memang pakai sempoi setiap hari sebab selesa. Sebelum kejadian tu, dah dua kali saya beli gajet di kedai tu, kiranya saya ni regular customer.

“Kalau pelanggan baharu pun, pekerja tak patut layan saya buruk macam tu. jangan nilai pelanggan dari segi pakaian mereka, ” katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain