suria

“Nak dapat average speed laju supaya boleh show off ke?” - Aktiviti berbasikal jadi trend dan kebanggaan, jurulatih kecergasan bidas rider langgar peraturan

Aksi individu berbasikal yang melanggar lampu isyarat merah tular di media sosial.

AKTIVITI berbasikal sama ada solo atau berkumpulan bukanlah satu 'pemandangan' yang asing di negara ini.

Saban hari, semakin ramai yang mula menyertainya dan menjadikan ia sebagai satu hobi baharu.

Dalam kerancakan aktiviti yang dianggap sebagai riadah sihat itu, timbul pula isu tertentu yang dibangkitkan netizen khususnya dalam kalangan pengguna jalan raya.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2020/05/04/kayuh-basikal-jelajah-13-negara-2-mamat-malaysia-kongsi-pengalaman-perit-telefon-039terjun039-sungai-di-perancis---hari-pertama-dah-lucu

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sayang martabat wanita ke?” - Pelumba BMX bertudung kalis kecaman, sokongan bertambah selepas buat video TikTok

Malah, satu video tular memaparkan beberapa individu menaiki basikal yang melanggar lampu isyarat merah telah membangkitkan lagi kemarahan orang ramai.

Di Twitter, seorang jurufoto dan jurulatih kecergasan, Arif Billah, 37, yang sudah menyertai sukan itu sejak tahun 2007 turut berkongsi pandangannya berhubung video berkenaan.

"Ini antara punca kenapa cyclist menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna jalan raya lain.

Sudah berbasikal sejak 2007, Arif mengakui terpanggil untuk berkongsi pandangan di Twitter.

"Jenis langgar lampu merah ni sebab nak dapat average speed laju dalam strava supaya boleh show off ke?

"Kalau training laju tapi race 'ke laut' tak guna juga," tulisnya.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Arif mengakui peka dengan isu yang dibangkitkan orang ramai.

Basikal ni, jatuh sikit pun kita boleh cedera, apatah lagi kalau berlanggar dengan kereta.

ARIF BILLAH

Malah katanya, tindakan individu tersebut yang melanggar lampu isyarat merah adalah salah dan tidak sepatutunya dilakukan.

"Sebenarnya saya dapat video tu dari sebuah group. Memang sekarang ni boleh nampak, aktiviti berbasikal jadi trend, jadi tak terkawal.

"Mungkin yang baru sertai ni, mereka tak tahu apa yang boleh dibuat, apa yang tak boleh dibuat. Saya juga perasan ramai netizen komplen mengenai mereka yang berbasikal.

"Sedangkan atlet berbasikal yang profesional pun akan berhenti di lampu isyarat. Melainkan mereka ada training yang menggunakan escort, itu lain ceritalah," ujarnya.

Lagi paparan skrin rakaman tular itu.

Tambah Arif lagi, dia juga risau risiko keselamatan penunggang basikal memandangkan keberangkalian untuk mereka cedera adalah lebih tinggi berbanding pengguna jalan raya yang menaiki kereta.

"Sebenarnya boleh je tengok di YouTube, video-video yang ajar etika berbasikal secara dalam kumpulan, etika atas jalan dan sebagainya.

"Basikal ni, jatuh sikit pun kita boleh cedera, apatah lagi kalau berlanggar dengan kereta. Malah, ramai juga yang tak ambil perlindungan insuran untuk aktiviti berkayuh," ujarnya lagi.

Selain Arif, netizen di Twitter turut berkongsi pandangan mereka berhubung hal itu.

Arif peka dengan komen-komen netizen yang turut berbicara mengenai isu kumpulan berbasikal di negara ini.

Malah, video yang dikongsi juga sehingga kini menerima lebih 73,000 tontonan.

"Setakat hari ni memang aku tak pernah bagi muka dekat cyclists. Dia nak teruskan even lampu merah, teruskan. Tapi ikut nasiblah sama ada masuk bawah kereta ke atas bonet.

"Tu la pasal. Setakat weekend rider, patuhilah undang-undang trafik. National team yang ada escort bagai masa training pun berhenti kat traffic light.

"Seorang main basikal, yang lain pun sibuk nak ikut main. Orang sekarang lebih kejar trend je," tulis pelayar Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain