suria

Hanya beli sebungkus mi segera, anak yatim beri pengajaran kepada guru niat nak sedekah - “Dia senyum lepas tu hilang dari pandangan”

Seorang budak mahu membeli sebungkus mi segera. -gambar hiasan

BUKAN satu kerugian sekiranya kita membantu orang lain yang dalam kesusahan mahupun kurang bernasib baik menerusi amalan bersedekah.

Jika kita berasa susah, beringatlah bahawa sebenarnya ramai lagi yang hidupnya lebih susah daripada kita.

Niat seorang guru untuk memberi sedekah dimakbulkan menerusi pertemuan tanpa dirancang dengan seorang kanak-kanak di sebuah kedai runcit.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ah silap tanya ke ni?" - Guru tak sengaja cungkil kisah pekerja kedai runcit makan mi segera... dah beli plastik sampah, terus tapau nasi kedai sebelah

ARTIKEL BERKAITAN: Budak nak beli beras 5kg tapi tak jadi, cashier terpaksa pulangkan 'seringgit-seringgit, syiling'... nasib ada yang peduli - "Sesungguhnya 'susah is real' itu realiti"

Menerusi satu perkongsian di Facebook, guru berkenaan berkata, dia bercadang untuk menikmati sarapan sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, Jumaat lalu.

"Saya sebenarnya baru sampai ke rumah setelah menempuh perjalanan jauh. Sebelum sampai kat rumah saya ingat nak pi sarapan dulu.

"Teringat hari ni Jumaat, tiba-tiba terniat dalam hati macam nak bagi sedekah sikit hari ni. Habis sarapan saya pergi kedai runcit kejap ingat nak beli roti Gardenia.

"Masuk-masuk kedai ada budak tengah tunggu kat kaunter nak bayar. Brother cashier (juruwang) pergi mana entah. Kat tangan budak tu ada Maggi (mi segera), sebungkus pula tu," tulis Muhammad Yusof di Facebook.



Seorang budak mahu membeli sebungkus mi segera. -gambar hiasan

Sebungkus mi segera di tangan budak di kaunter menimbulkan tanda tanya guru itu, sebelum memberanikan diri untuk bertanya bagi mendapatkan kepastian.

"Saya pelik. Terus tanya dia Beli Maggi dik?. Dia angguk. Sebungkus je? Dia angguk. Mak mana? Mak kerja. Ayah? Ayah dah tak ada," ujar kanak-kanak itu yang memaklumkan bapanya telah meninggal dunia.

Saya belajar daripada budak ni, sebenarnya kalau kita niat je nak buat baik, tiba-tiba entah dari mana Tuhan hantar orang untuk kita tolong dan bantu dia

MUHAMMAD YUSOF

Muhammad Yusof berkata, dia kemudian meminta kanak-kanak yang mahu membeli sebungkus mi segera itu untuk tunggu sebentar di kaunter.

"Saya kata kat adik tu tunggu kejap. Saya pi kedai makan tadi bungkus nasi lemak dan kuih sikit, lepas tu bagi kat adik tu. Saya hulur RM10 suruh dia buat belanja.

"Dia senyum lepas tu hilang daripada pandangan," ujarnya mengimbas kembali pertemuannya dengan anak yatim itu.



Perkongsian Muhammad Yusof di Facebook.

Menurut guru itu, pertemuannya dengan kanak-kanak itu sebenarnya memberikan pengajaran kepada dirinya sendiri yang mempunyai niat mahu membantu.

"Saya belajar daripada budak ni, sebenarnya kalau kita niat je nak buat baik, tiba-tiba entah dari mana Tuhan hantar orang untuk kita tolong dan bantu dia. Percayalah," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Yusof turut memberitahu bahawa tidak perlu bersenang-senang atau hidup yang penuh dengan kemewahan untuk membantu orang susah.

"Nak tolong orang bukan kena bagi RM1,000 kat orang susah. Cukup bagi kuih kat adik entah dari mana pun dah boleh buat budak tu tersenyum gembira.

"Saya nak ajak semua. Jom kita sama-sama membantu yang kita termampu," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain