suria

Budak nak beli beras 5kg tapi tak jadi, cashier terpaksa pulangkan ‘seringgit-seringgit, syiling’... nasib ada yang peduli - “Sesungguhnya ‘susah is real’ itu realiti”

Seorang pelajar mengira duit syiling untuk membeli sekampit beras. -gambar hiasan

RAMAI yang terkesan dengan pandemik Covid-19, ada yang kehilangan pekerjaan, termasuk yang mengalami kesulitan dalam hidup.

Antara kita turut diuji dengan kesusahan tapi pada masa sama, sebenarnya ramai lagi yang lebih susah daripada kita.

Sama ada ketua keluarga, mereka yang bekerja, kesusahan itu dapat kita lihat juga dalam diri kanak-kanak mahupun pelajar sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ah silap tanya ke ni?" - Guru tak sengaja cungkil kisah pekerja kedai runcit makan mi segera... dah beli plastik sampah, terus tapau nasi kedai sebelah

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak pelawaan lauk 'free', duit dihulur ambil pula! Guru terkejut acik cleaner lebih sibuk fikir 'hal sampah' orang lain, tak hirau susah sendiri

Begitulah pengalaman yang disaksikan oleh seorang guru yang membuat perkongsian di laman sosial sehingga menjadi tular.

Guru berkenaan berkata, kisah tersebut dilaluinya ketika berkunjung ke sebuah kedai runcit.

"Masa saya nak bayar barang kat kedai runcit, depan saya ada sorang budak tengah nak bayar barang. Budak tu nak beli beras 5 kilogram.

"Tapi itulah masa nak bayar, budak tu tak cukup duit pula. Last-last budak tu tak jadi beli sebab tak cukup duit," tulisnya menerusi halaman Facebook Muhammad Yusof.



Ketika pandemik Covid-19, ramai yang mengalami kesusahan untuk mencari sesuap nasi.

Sayu hati melihat juruwang terpaksa memulangkan semula sejumlah wang yang diberikan oleh kanak-kanak itu.

Malah, Muhammad Yusof menyaksikan sendiri budak tersebut mengira wang yang dikembalikan kepadanya.

"Masa cashier nak pulang duit budak tu saya perasan dia bayar guna duit seringgit-seringgit dan duit syiling," tambahnya.

Time-time sekarang ni, bersyukurlah kalau kita masih boleh makan kat restoran sedap-sedap, sebab ada orang yang nak makan nasi pun bercatu sekarang ni

MUHAMMAD YUSOF

Tidak mahu terus melihat kanak-kanak itu mengira duit kecilnya, guru tersebut lantas bersuara di kaunter.

"Saya terus kata kat cashier, tak apa saya bayarkan beras budak tu.

"Lepas tu saya hulur RM10 kat budak tu, saya kata buat duit dia pergi sekolah. Budak tu ucap terima kasih bang. Lepas tu dia hilang," katanya.



Perkongsian Muhammad Yusof di Facebook.

Sehubungan itu, Muhammad Yusof memberitahu, mereka yang masih menikmati kesenangan hidup ketika pandemik Covid-19 seharusnya bersyukur dengan kurniaan daripadaNya.

"Time-time sekarang ni, bersyukurlah kalau kita masih boleh makan kat restoran sedap-sedap, sebab ada orang yang nak makan nasi pun bercatu sekarang ni.

"Sejak dua, tiga bulan kebelakangan ni, macam-macam situasi yang menginsafkan berlaku depan mata saya. Sesungguhnya, 'susah is real' itu realiti," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain