suria

Buntu nak jual atau tidak... Pemuda terpaksa buat keputusan selepas menganggur sejak PKP, tiba-tiba ada penyumbang misteri bank in RM1,000 - “Sebak tengok, kucing macam dapat rasa”

Fairuz masih buntu untuk melepaskan kesemua kucingnya atau tidak.

‘DITELAN mati emak, diluah mati bapa’ perumpamaan ini tepat menggambarkan situasi seorang pemuda yang berat untuk melepaskan kucingnya tetapi terpaksa.

Bagi pencinta kucing, bukan mudah mereka ingin melepaskan haiwan kesayangan begitu sahaja apatah lagi sudah hampir sembilan tahun membelanya.

Begitulah kisah seorang pemuda yang tidak mampu menanggung 27 ekor bulus selepas tiada kerja tetap sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pertaruh nyawa selamatkan kucing kesayangan dibelit ular sawa, geli geleman sampai termuntah... Kini reda dah 2 tahun menghilang - “Memang takkan saya lupakan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa-apa hal boleh tanya kucing akak!” - Ramai terhibur tengok abang kurier berdepan Bubu ‘buat teruk’ terima parcel, terbeliak biji mata

“Bismillahirrahmanirrahim, mungkin ada yang akan terkejut tetapi inilah realiti. Dah lebih setahun saya menggangur. Dah tak mampu biaya mereka, keseluruhannya, 27 ekor di kawasan Kuantan. Dengan berat hati saya nak jual RM200 sahaja seekor. Kalau anda boleh tengok semua kucing saya gebu dan sihat, ” tulisnya di akaun Twitter.

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih hampir 7,000 likes dan 7,000 retweets.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Mohammad Fairuz Junaidi, yang berusia di awal 30an mengakui walaupun selepas memuat naik tweet tersebut dia masih buntu untuk melepaskan kucing-kucingnya atau tidak.

Posting yang tular di laman Twitter.

Mesra disapa Fairuz, dia berkata sudah hampir setahun bertahan hinggalah tidak lagi mampu mulai bulan ini kerana ada beberapa kucingnya yang melahirkan gara-gara tidak membawanya ke veterinar untuk dimandulkan kerana kekurangan bajet.

“Sehingga kini saya masih buntu untuk buat keputusan, sampai tidur, mandi pun fikir hal kucing. Berat betul hati ini tetapi kos terlampau tinggi dan kalau saya kerja tak apa.

“Kucing pula bertambah banyak. Sejak PKP asyik beranak sahaja. Saya pula jenis jaga betul-betul. Pemakanan dan pemeriksaan berjadual di veterinar dan sebagainya.

Sejujurnya, situasi seperti ini buat hati saya lagi serba salah dan sayu kerana rasa macam menyusahkan pula.

FAIRUZ

“Tahu sahajalah perasaan pencinta kucing ni. Emosi terlebih.

“Setakat ini dah dua ekor kucing saya mati sebab tak dapat nak bawa pergi veterina, ” ujarnya dalam nada sayu.

Sebelum ini, Fairuz yang bekerja sebagai agensi pelancongan di Korea Selatan langsung tidak pernah ada isu memelihara berpuluh ekor kucing sejak hampir sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun, dalam keadaan buntu itu tiba-tiba anak kelahiran Kuantan, Pahang itu dikejutkan dengan DM daripada akaun yang hanya mempunyai 30 pengikut (followers) apabila ia menawarkan untuk menaja makanan bagi kesemua kucing itu setiap bulan.

“Saya betul-betul terkejut. Tak sangka langsung sebab saya tak kenal dia dan pengikutnya pun tak ramai di media sosial.

Fairuz mempunyai 27 ekor si bulus yang dibela di rumahnya.

“Saya pun layankan ja. Emosi tak stabil perasaan pun bercelaru tetapi memang betul hari ini dia transfer RM1,000.

“Sejujurnya, situasi seperti ini buat hati saya lagi serba salah dan sayu kerana rasa macam menyusahkan pula.

“Dia tak dedahkan identiti dirinya tetapi jika diteliti maklumat akaun bank saya rasa dia ahli perniagaan, ” ujarnya lagi.

Dua ekor kucing Fairuz telah mati gara-gara tidak dapat membawa ke veterinar.

Dalam pada itu, Fairuz berkata dia berharap sangat keadaan ekonomi kembali pulih agar dia boleh bekerja seperti biasa untuk membalas budi baik hamba Allah itu semula.

“Saya memang dah pasang niat dan fikirkan jalan terbaik untuk balas kepada orang itu.

“InsyaAllah.. bila pandemik Covid-19 ini sudah berakhir suatu hari nanti pasti saya akan buat sesuatu untuk dia.

Sebelum ini Fairuz bekerja sebagai agensi pelancongan di Korea Selatan.

“Bagaimanapun, saya masa fikir untuk terima wang dari dia lagi atau tidak selepas ini kerana risau bagaimana jika tiba-tiba suatu hari nanti pembiayaan berpuluh kucing ini lebih daripada jumlah yang dia beri dan masa itu saya tak mampu. Lagi serba salah saya nanti, ” jelasnya.

Sempat berkongsi mengenai kucingnya, Fairuz berkata sejak dia memuat naik tweet tersebut kucingnya kelihatan sedih, mungkin juga mereka dapat rasa seperti ada sesuatu yang tak kena.

“Beberapa ekor nampak ketara sangat perubahan mereka. Muka sedih dan ada yang datang peluk kaki saya dan sebagainya. Sebak betul rasa, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain