suria

“Seronok kan PKP?” - Pemuda pasrah baca mesej WhatsApp, belum masuk kerja dah kena buang

Rais baru menamatkan pengajian dalam Diploma Komunikasi Massa di UiTM, Alor Gajah. (gambar kecil) Ciapan Rais di laman Twitter.

SEPERTI yang kita sedia maklum Malaysia diletakkkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 hingga 26 Januari 2021.

Pelaksanaannya yang dibuat dalam tiga peringkat iaitu PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) mengikut negeri-negeri yang terjejas nyata memberi impak kepada sebahagian besar masyarakat terutamanya dari segi gaji dan sumber pendapatan.

Situasi sebegini turut dilalui seorang pemuda yang menerima berita buruk sebaik sahaja pengumuman PKP dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak rasa malu, wanita hilang kerja sewaktu PKP mula niaga nasi lemak anggap berbaloi bersengkang mata - "Seronok bila pelanggan repeat, cakap sambal sedap"

ARTIKEL BERKAITAN: Simpanan lincin, pemuda hilang kerja akibat PKP tak sangka bisnes masyuk! Menu dari seberang buat pelanggan jauh pun terliur, nak order banyak

Muhammad Rais Ridzuan, 21, berkata dia mendapat mesej melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan bahawa kerja yang ditawarkan kepadanya sebelum ini terpaksa dibatalkan kerana syarikat ingin mengurangkan staf atas alasan PKP dilaksanakan semula.



Paparan skrin luahan Rais di laman Twitter menjadi tular.

Kisah mengenai nasib malangnya itu menjadi tular selepas Muhammad Rais berkongsi mesej yang dikirim oleh syarikat berkenaan di Twitter.

"Seronok kan PKP," tulisnya sini di laman Twitter, merujuk kepada paparan skrin mesej yang turut dikongsi bersama tweet tersebut.

Muhammad Rais yang mempunyai Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Alor Gajah, Melaka berkata, dia baru menerima tawaran kerja di sebuah hotel di Perak dan sepatutnya melapor diri pada 19 Januari ini.

Bagaimanapun niat untuk bekerja sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah pada April akan datang terpaksa dilupakan apabila menerima mesej tersebut.

"Seminggu selepas temuduga di sebuah hotel, saya ditawarkan untuk bekerja sambilan di situ sebelum saya masuk degree.

"Seronok sangat masa dapat berita tu. Maklumlah dengan keadaan ekonomi tengah teruk ni, saya bersyukur masih berpeluang dapat tawaran bekerja, boleh cari duit lebih sikit," katanya ketika dihubungi mStar.



Mesej yang diterima Rais oleh syarikat berkenaan.

Mesra disapa Rais, dia bagaimanapun risau apabila melihat kes harian Covid-19 naik mendadak dan dalam masa yang sama sudah dapat mengagak sesuatu akan berlaku kepada tawaran kerjanya jika PKP dilaksanakan semula.

"Dah dapat agak... takut mereka tak nak ambil kerja dan tak lama selepas pengumuman tu saya pun dapat mesej maklumkan tak perlu masuk kerja sebab mereka nak kurangkan staf," katanya.

Saya faham... kerana tahu semua terkesan dengan Covid-19 ini. Cuma sedih jugalah sebab niat memang nak cari duit.

MUHAMMAD RAIS RIDZUAN

Menurut Rais, walaupun kecewa dia faham dengan situasi sekarang dan menganggap itu bukan rezekinya.

"Saya faham bila dapat mesej tu dan saya pun balas dengan baik kerana tahu semua terkesan dengan Covid-19 ini.

"Cuma sedih jugalah sebab niat memang nak cari duit sebelum sambung belajar," ujarnya.



Rais menganggap apa yang berlaku sebagai 'tiada rezeki'.

Sebaik sahaja Rais berkongsi kisahnya, dia tidak menyangka berlaku situasi lain pula.

Selain netizen memberi kata-kata semangat kepadanya, dia turut dihujani mesej yang memberi maklumat tentang kekosongan jawatan dan tawaran kerja di tempat lain malah ada juga yang terus memintanya menghantar resume.

"Kuasa Twitter, tiba-tiba ramai pula yang tawarkan saya kerja dan kebanyakannya kerja dari rumah.

"Memang rezeki betul, mungkin tak ada rezeki nak kerja dekat hotel tetapi dapat rezeki lain. Alhamdulillah... saya bersyukur sangat," ujarnya.

Selain itu, ramai juga yang berkongsi kisah berdepan nasib sama apabila mereka tiba-tiba dibuang kerja dan terjejas pendapatan disebabkan pelaksanaan PKP.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain