BUKAN biasa-biasa! Seorang pengawal keselamatan begitu lincah dan tangkas melakukan aksi seni mempertahankan diri di perkarangan sebuah sekolah. Gaya pusingan badan di akhir video berdurasi 11 saat itu paling menjadi perhatian sehingga segelintir netizen menggambarkan gerak silat tersebut seperti mahu bertukar menjadi adiwira. "Ingatkan dia nak bertukar jadi Kamen Rider tadi," komen netizen yang merujuk kepada adiwira popular Jepun. ARTIKEL BERKAITAN: Fuh! Pahlawan Melayu ala The Hunger Games, sanggup bakar baju sendiri untuk beraksi - "Satu kereta bau minyak masak" ARTIKEL BERKAITAN: Cover malu atau melatah? Ramai nak tahu apa motif bro ni bersilat selepas melambung langgar lampu merah Pemuda dalam video yang tular itu, Muhammad Arief Abdul Hakim menjelaskan apa yang dilihat dalam video itu bukanlah lakonan kerana dia sememangnya bertugas sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang di Kuala Muda, Kedah. Arief bertugas sebagai pengawal keselamatan sejak awal 2020. Berusia 28 tahun, dia telah mendalami ilmu persilatan seawal usia empat tahun dan melakukan pertunjukan silat buat pertama kali dua tahun kemudian. "Saya bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah sejak awal tahun ini. Video latihan silat itu dirakamkan selepas tamat sesi persekolahan pada waktu petang. "Tujuan saya buat video itu sebenarnya nak tunjuk kepada mereka yang bekerja bahawa kita boleh berlatih silat bila-bila masa dan di mana saja," katanya kepada mStar. Arief (dua, kanan) bersama rakan-rakannya. Foto instagram leqiuspark Lebih mesra disapa Arief, dia bagaimanapun menjelaskan bahawa masyarakat perlu mendalami seni mempertahankan diri dengan mereka yang pakar. "Saya sendiri berlatih dengan ayah yang juga guru silat. Bukan sahaja ayah, mak dan adik-beradik turut mendalami ilmu persilatan. Kiranya satu famililah! "Sebelum ini saya membuat kerja-kerja runner menghantar barang. Sebab utama saya ambil keputusan untuk jadi pengawal keselamatan kerana mahukan pekerjaan tetap," ujarnya yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Antara pencapaian membanggakan Arief dalam seni silat. Pengalaman dan kemahirannya dalam ilmu persilatan membuatkan anak kelahiran Gurun, Kedah itu lebih yakin untuk memikul tanggungjawab baharu sebagai pengawal keselamatan. "Seni mempertahankan diri ini penting bukan sahaja untuk pengawal keselamatan, bahkan masyarakat secara umum terutama anak-anak muda. Seni mempertahankan diri ini penting bukan sahaja untuk pengawal keselamatan, bahkan masyarakat secara umum terutama anak-anak muda MUHAMMAD ARIEF ABDUL HAKIM "Ia juga membolehkan kita untuk bertindak secara rasional sekiranya berlaku kecemasan. Rumah keluarga saya pernah dipecah masuk pada waktu malam beberapa tahun lalu. "Penyamun tu cuma seorang dan secara kebetulan kami sekeluarga dapat handle dengan baik sebelum membawanya ke balai polis," katanya yang merupakan anak kelima daripada lapan beradik. Arief kini juga merupakan guru silat. Turut dikenali sebagai Leqiu sempena nama laksamana Hang Lekiu daripada pahlawan Melayu lima bersaudara, Arief banyak menyertai kejohanan dan pertandingan silat. Antara kenangan terindah Arief apabila mewakili sekolah dan menjadi johan di peringkat Asia Tenggara (Asean), dalam satu pertandingan silat di Labuan pada 2004. Arief yang kini mewarisi kemahiran bapanya dengan menjadi guru silat berkata, bukan sahaja silat, anak-anak muda juga disarankan untuk mempelajari pelbagai seni mempertahankan diri. "Bagi saya, memang bagus digalakkan anak muda belajar silat agar warisan Melayu terus diperjuangkan sebagai lambang jati diri Melayu," katanya. View this post on Instagram A post shared by Leqiu Spark (@leqiuspark) on Sep 28,2020 at 6:24pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!