suria

Bantu guna deria! Aktivis selamba tolong bekas banduan terdesak selepas dapat mesej rayu bantuan - “Tak naik angin saya tanya macam-macam”

(kiri) Seorang bekas banduan mendapatkan bantuan daripada seorang aktivis. -Gambar hiasan (kanan) Keadaan bilik bekas banduan tersebut. -foto Facebook Syed Azmi

BUKAN mudah sebenarnya untuk seseorang yang bergelar bekas banduan bangkit meneruskan kehidupan.

Golongan ini terpaksa menerima hakikat masih terdapat stigma dalam masyarakat terhadap mereka sehingga sukar mendapat peluang kedua.

Tiada pilihan lain atau mungkin juga satu-satunya jalan penyelesaian yang ada, seorang bekas banduan memberanikan menghantar mesej kepada seorang aktivis sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: "Semua bulu menegak, meremang..." - Tandas tak ada pintu, jalan pun kena bongkok, aktivis terkesima lihat rumah orang miskin bersih gila!

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta bergerak guna 'tayar pinjam', wang bantuan guna beli bateri... rupa-rupanya kisah pasangan ini ada plot twist - "Kalau beli makanan akan habis juga"

Menurut bekas banduan itu, dia mahu mendapatkan bantuan kerana masih belum mendapat sebarang pekerjaan selepas keluar dari penjara.



Seorang bekas banduan mahu bangkit semula menjalani kehidupan baharu. --Gambar hiasan

"Saya susah diterima kerja sebab saya bekas banduan, dibuang daerah dua tahun. Saya nak minta bantuan encik, bilik sewa tertunggak dua bulan dah.

"Tuan bilik sewa pun dah minta saya keluar dari bilik sekiranya saya tak dapat bayar bulan ini. Demi tampung hidup saya sementara atau boleh pinjamkan saya dengan cara apa pun asalkan tak kena keluar dari bilik ini," kata pemuda itu menerusi petikan mesej yang dikongsikan oleh aktivis, Syed Azmi Alhabshi di halaman Facebook beliau.

Bekas banduan itu juga menyuarakan hasratnya untuk mendapatkan modal berniaga, kerana kelulusannya setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"SPM je, itu pun gagal. Sekarang saya kerja kerja katering secara sambilan. Yelah saya berterus-terang je takut selindung-selindung nanti orang cakap saya menipu.

"Betul tak tahu nak minta pertolongan dari mana. Saya sangat memerlukan walaupun hanya sementara sahaja pun tak apa, boleh saya semangat nak mulakan hidup secara normal," ujarnya.



Keadaan bilik yang disewa oleh bekas banduan tersebut. -foto Facebook Syed Azmi

Bercakap kepada mStar, Syed Azmi mengulas lanjut mengenai bekas banduan dari Selangor berusia 28 tahun itu tanpa memperincikan latar belakang keluarga pemuda itu.

Menurut beliau, pemuda tersebut didapati bersalah kerana menjual barang-barang yang dicuri rakannya dan ditahan selama kira-kira 60 hari.

"Menerusi perkongsian tu, saya nyatakan tanggapan negatif segelintir masyarakat kita terhadap bekas banduan seperti penjenayah, mungkin sebab dadah, mak bapa tak tolong takkan kita nak tolong dia, nanti dia tipu dan guna duit yang dapat itu untuk bukan-bukan.

"Tapi apa pula yang kita ada? Kita ada deria yang Allah bagi sebagai amanah untuk bantu orang lain. Cara dia mesej macam nak luahkan perasaan.

"Dia tak beritahu pun berapa sewa bilik, dia tak cakap pun berapa bantuan dia nak. Masyarakat jangan ada stigma, dia mungkin tak akan berubah tapi kalau kita tak bantu dia, lagilah dia tak berubah," kata Syed Azmi.



Mesej bekas banduan yang dikongsikan oleh Syed Azmi.

Berkongsi kisah mengenai bekas banduan itu, Syed Azmi berkata, walaupun dalam kesulitan, pemuda tersebut masih mempunyai sikap yang baik untuk mendapatkan bantuan.

"Bilik dia mungkin tak cantik, tapi teratur dan kemas. Pandai masak sebab ada dapur kecil di dalam bilik, tak ada pun sampah dan sisa makanan.

Objektif utama saya membantu sesiapa pun dan membimbing mereka.

SYED AZMI ALHABSHI

"Saya nampak dia ada disiplin dan paling penting sikap dia yang penyabar, tak naik angin bila saya tanya macam-macam untuk kenal dia bagi mendapatkan pengesahan," ujarnya.

Walaupun selama ini bantuan yang diberikan daripada pihaknya lebih tertumpu kepada kes berkeluarga, tapi masalah bekas banduan itu sebagai orang bujang turut diberikan perhatian.



Keadaan bilik yang teratur dan kemas. -foto Facenook Syed Azmi

"Objektif utama saya membantu sesiapa pun dan membimbing mereka. Duit atau bantuan itu sekadar medium untuk mereka bangkit membina semula kehidupan.

“Seperti bekas banduan ni, dia tak senyap terus selepas dapat bantuan. Berkali-kali dia cakap terima kasih dan hargai atas bantuan diberikan, siap hantar voice note lagi.

"Pernah ke saya gagalkan permohonan daripada orang yang meminta bantuan? Banyak juga, dan kebanyakannya pasal sikap. Sikap itu mencerminkan diri. Walaupun dia bekas banduan, dia ada attiude yang baik yang mungkin orang lain tak ada," kata Syed Azmi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain