Kereta bergerak guna ‘tayar pinjam’, wang bantuan guna beli bateri... rupa-rupanya kisah pasangan ini ada plot twist – “Kalau beli makanan akan habis juga”

Seorang lelaki menggunakan wang bantuan untuk menggantikan bateri kereta. Gambar hiasan/Foto NOEL FOO

MENGALAMI kesempitan hidup, seorang lelaki memohon bantuan kewangan daripada seorang aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi.

Namun, bantuan yang diterima lelaki berkenaan tidak digunakannya untuk membeli barang-barang keperluan seperti kelaziman bagi pemohon lain.

Lebih mengejutkan, dia sendiri tampil membuat pengakuan kepada Syed Azmi mengenai wang bantuan yang diterimanya itu digunakan untuk tujuan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktivis lepas geram, ibu 'demand' 18 pek susu formula untuk sebulan... dah lupa cara susu badan - "Tak tahu macam mana nak mula balik"

ARTIKEL BERKAITAN: "I cannot brain" – Aktivis geram awek Johor bagi list tak munasabah, siap 'demand' bantuan makanan ringan ketika krisis Covid-19

"Duit encik bagi saya buat tukar bateri kereta. Semalam saya nak bawa isteri saya keluar pergi berniaga. Kereta tak boleh start, bateri dah kong (lemah).

"Tayar kereta saya pun pinjam dekat bengkel dulu," ujarnya yang bertugas sebagai runner atau penghantar barang yang kini menjual minuman susu kultur, sebagaimana yang dikongsikan oleh Syed Azmi di halaman Facebooknya.



Syed Azmi memaklumkan bahawa lelaki berkenaan turut menjual susu kultur.

Berdasarkan perkongsian itu, ternyata Syed Azmi berasa kagum dengan tindakan lelaki itu yang berusaha untuk berdikari demi keluarganya.

Bercakap kepada mStar, isteri kepada runner berkenaan mengakui wang bantuan yang diterima itu boleh digunakan untuk membeli barang keperluan seperti makanan.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Atiqah itu bagaimanapun memberitahu, dia dan suaminya mengambil keputusan untuk menggunakan wang tersebut untuk menggantikan bateri kereta.

"Kami boleh saja guna duit tu untuk beli makanan. Tapi kalau guna, nanti setakat tu saja. Macam mana nak teruskan hidup, nanti makanan tu pun akan habis juga.

"Bila kereta dah boleh guna semula, kami dapat bergerak ke tempat berniaga air tebu dan air kelapa. Berkembanglah juga duit tu nanti," ujar wanita berusia 25 tahun itu kepada mStar.



Perkongsian Syed Azmi mengenai seorang runner yang memohon bantuan.

Atiqah berkata, pada awalnya suaminya meminta bantuan daripada sebuah bengkel untuk mengepam tayar kereta yang tiada angin setelah lama tidak digunakan berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Suami saya jadi runner pun pinjam motosikal orang. Jadi, nak pakai kereta semula, tapi selepas pam tayar dalam perjalanan nak mengisi minyak di stesen minyak, tiba-tiba tayar meletup.

"Masa tu kira-kira tiga kilometer dari rumah. Sebab tak ada duit, kami pinjam dulu tayar daripada bengkel dan akan membeli tayar baharu apabila dah duit nanti," katanya sambil menambah bahawa suaminya berusia 33 tahun dan menjadi runner apabila terdapat tempahan.

Menurut ibu kepada empat anak itu, sumber pendapatan suaminya bergantung kepada upah sebagai runner dan sejak PKP Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, ramai mula keluar sendiri yang mana sedikit-sebanyak pendapatan suaminya terjejas.

“Paling tinggi upah sehari suami jadi runner adalah RM30. Pernah juga ada hari yang langsung tak ada upah sebab tak ada tempahan atau hari hujan,” katanya yang menetap di Kepong, Kuala Lumpur.



Pasangan suami isteri itu juga menjual air tebu dan air kelapa. Gambar hiasan/Foto M.AZHAR ARIF

Atiqah berkata, dia dan suaminya menerima banyak tempahan air susu kultur susulan posting yang dibuat Syed Azmi di laman sosialnya.

“Syukur alhamdulillah ramai yang nak beli dan ada yang sempat beli sebab stok kami dah habis. Stok yang tinggal tak banyak dan kami terputus bekalan sebab ejen tak hantar yang baharu, mungkin permintaan tinggi, PKPB dan nak cuti raya.

“Jadi, buat masa ini kami masih menjual air tebu dan air kelapa. Selepas raya nanti ikut keadaan, yang mana kami boleh buat duit itulah yang kami buat,” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
runner, bantuan, bateri kereta,

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain