suria

Motor ‘ganas’ akhirnya ‘jinak’ dengan tema Pokemon, comel berkeliaran di Parit Raja... tapi kasihan Abang Pikachu pernah jadi mangsa tipu wanita!

Muhammad Raihan (kanan) membawa imej 'Pikachu' semasa bertugas sebagai 'runner'. Foto ihsan Muhammad Raihan Jumali

TIBA-tiba nama Parit Raja di Batu Pahat, Johor 'naik' di laman Twitter.

Kecoh apabila seorang pemuda dari pekan itu menjadi sebutan netizen, termasuklah yang berkongsi pengalaman pernah melihatnya, malah tak kurang juga yang mahu berjumpa dengannya.

Rupa-rupanya pemuda tersebut merupakan runner atau penghantar barang yang mana foto-fotonya bersama motosikal yang dihiasi pelekat watak animasi Pokemon iaitu Pikachu menjadi tular.

Selain itu dia turut memakai baju, topi keledar berwarna kuning, begitu juga kotak menyimpan barang yang menggunakan warna sedondon.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelihatan comel di jalanan, 'rider beruang panda' dedah kisah sedih yang ramai tak nampak - "Kasut jahit sendiri tak sempat rasmi dah hilang"

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman berdepan datin 'bengis lagi bakhil' buat lelaki ini sedar nilai seorang rider - "Anak beri baki 10 sen minta isi minyak motor"

Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Muhammad Raihan Jumali berkata, dia mula bekerja sebagai runner sejak Februari lalu di kawasan sekitar Batu Pahat.



Motosikal dengan pelekat Pikachu menjadi perhatian orang ramai.

Anak muda berusia 23 tahun berkata, tugas itu dilakukannya pada sebelah siang kerana dia juga bekerja di kedai makan milik keluarganya di Sri Gading, daerah sama pada waktu malam.

"Saya jadi freelance runner untuk penghantaran. Dari makanan, dokumen, bunga sehingga menjadi personal shopper (pembeli peribadi) dan beli barang dapur untuk pelanggan.

"Caj yang saya kenakan hanya upah untuk penghantaran barang tanpa menaikkan harga barangan yang dihantar atau dibeli," katanya kepada mStar.



Muhammad Raihan menjadi 'runner' pada sebelah siang dan berniaga di kedai makan pada waktu malam.

Muhammad Raihan berkata, dia mula membawa imej 'Pikachu' selepas membeli motosikal baharu iaitu model Yamaha R15 pada Jun lalu, susulan kemalangan jalan raya yang menimpanya pada Mei.

"Ketika itu, keadaan motosikal lama agak teruk selepas saya tergelincir sebab jalan licin ketika hujan lebat. Saya dimasukkan ke hospital dan mengalami patah jari kelingking kaki.

"Saya minat kartun Pokemon terutama watak Pikachu. Jadi, saya keluarkan modal sebanyak RM350 untuk tampal pelekat pada motosikal. Mahu bawa imej Pikachu yang berani, saya juga pakai baju watak itu selain helmet dan kotak barangan warna kuning," ujarnya.



Menerima banyak pesanan untuk penghantaran.

Di sebalik keceriaannya, pemuda yang kini digelar 'Abang Pikachu' itu turut melalui pelbagai dugaan sepanjang bertugas sebagai runner.

"Saya masih ingat satu insiden pada Mac lalu apabila seorang pelanggan wanita minta saya belikan barang dapur berharga kira-kira RM300. Dia minta tunggu depan masjid.

Saya juga ada cita-cita, berharap suatu hari nanti saya mengusahakan syarikat penghantaran sendiri dan mengembangkan bisnes kedai makan.

MUHAMMAD RAIHAN JUMALI

"Dah sampai lokasi, saya call dan mesej banyak kali tak berjawab. Lebih setengah jam tunggu saya sedar kena tipu. Tapi salah saya sebab tak minta alamat rumah lengkap.

"Mujur ada jiran-jiran yang bersimpati membantu membeli barang-barang tersebut selepas saya buat posting di Facebook dan selebihnya untuk kegunaan sendiri," katanya yang mengambil pengajaran daripada insiden itu dan kini mendapatkan butiran penghantaran lengkap untuk perkhidmatannya.



Muhammad Raihan (tengah) bersama rakan-rakan yang bertugas sebagai penghantar makanan.

Siapa sangka pemuda ini menunjukkan dia gigih melakukan dua kerja meskipun tidak mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu berkata, dia mengambil keputusan untuk belajar setakat tingkatan 4 demi membantu bapanya berniaga di kedai makan.

"Kakak dan abang semua dah besar dan masing-masing bekerja. Jadi, hanya tinggal ayah dan arwah mak yang jaga bisnes, saya tolong sejak tingkatan 1 ketika itu. Saya berhenti untuk lebih fokus tolong ayah.

"Sekarang saya buat dua kerja siang dan malam. Tapi saya juga ada cita-cita, berharap suatu hari nanti dapat usahakan syarikat penghantaran sendiri dan mengembangkan bisnes kedai makan milik keluarga," tambahnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain